Siakap Keli
Gambar: Phys.org

Loji Nuklear Terjejas Akibat Gempa Bumi, Jepun Mungkin Terpaksa Buang Air Beradiasi Ke Laut

Tokyo Electric Power mungkin terpaksa membuang air yang beradiasi daripada loji kuasa nuklear Fukushima yang rosak ke dalam Laut Pasifik, ujar menteri alam sekitar Jepun pada Selasa.

Selepas loji nuklear itu rosak dibadai gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada tahun 2011, Tokyo Electric (Tepco) telah mengumpul 900,000 tan air tercemar yang diambil dari tapak yang terjejas tersebut itu ke dalam tangki.

Gambar: CBC

Pihak utiliti menyatakan bahawa ia akan kehabisan ruang menjelang 2022.

“Satu-satunya pilihan yang ada adalah dengan mengalirkannya ke laut dan mencairkannya,” kata Yoshiaki Harada .

“Pihak kerajaan akan bermesyuarat mengenai hal ini nanti, namun saya hanya cuma ingin menyampaikan pendapat saya sahaja.”

Keputusan muktamad daripada kerajaan untuk melupuskan air tercemar ini bergantung kepada laporan yang bakal dikeluarkan oleh pakar.

Harada walau bagaimanapun tidak memberitahu tentang berapa banyak air yang akan dilepaskan ke dalam laut.

Sumber: CBC

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.