Makanan dan minuman manis memang sedap, tapi jika diambil berlebihan, besar akibatnya. Menjaga pemakanan sebelum sakit lebih mudah berbanding terpaksa menjaga makan ketika sudah jatuh sakit.
Salah satu cara menjaga pemakanan ialah dengan mengelakkan makanan yang mengandungi gula tambahan. Banyak produk makanan atau minuman yang mendakwa tidak mengandungi gula, tapi sebenarnya masih mengandungi gula – cuma namanya sahaja kita tidak ketahui.
Berikut merupakan 36 nama lain bagi gula (termasuk gula semula jadi) yang dikongsikan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Gula merah
Nektar
Galaktosa
Krimer manis
Gula Aising
Gula Perang
Laktosa
Mannitol
Agave
Laktosa
Dekstrosa
Golden Syrup
Madu
Dekstrin
Maltosa
Maple Syrup
Fruktosa
Corn Syrup
Gula Melaka
Bit
Molases
Xylose
Sorbitol
Saccharose
Sirap malt
Jus tebu
Gula Kabung
Sirap glukosa
Karamel
Kastor
Barley Malt
Maltodekstrin
Sirap kurma
Gula batu
Glukosa
Sukrosa
Gula putih
Jangan lupa teliti bahagian ‘Maklumat Pemakanan’ sesuatu produk ya. Ia mungkin mengandungi pelbagai gula walaupun tiada perkataan “gula” di bahagian ramuan.
Sumber: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia