Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan : Bernama

53 Sekolah Di Daerah Nilai Dan Mantin Ditutup Esok

Seremban : Sebanyak 53 sekolah di kawasan Nilai dan Mantin akan ditutup bagi sesi persekolahan esok, berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi 200.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata setakat 9 malam ini, bacaan IPU di Nilai merekodkan bacaan 205 iaitu sangat tidak sihat dan penutupan sesi persekolahan esok melibatkan seramai 28,073 pelajar.

”Bagi 63 sekolah di kawasan Port Dickson yang telah ditutup hari ini, akan bermula seperti biasa esok.

”Sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya pihak sekolah juga telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.