Siakap Keli
Gambar: Bournemouth News

Mata Bulat Macam Nak Tersembul Keluar, Nelayan Terkejut Berjaya Pancing Ikan Berwajah Aneh

Seoran pemancing di Norway hampir melompat keluar daripada botnya selepas secara tidak sengaja telah berjaya memancing seekor ikan daripada laut dalam yang mempunyai rupa yang agak aneh.

Oscar Lundahl secara tidak sengajanya telah berjaya menangkap salah satu spesis ikan yang bernama ratfish atau nama latinnya Chimaeras Monstrosa Linnaeus. Ikan tersebut merupakan ikan yang terdapat dalam mitos Yunani Greek yang mempunyai kepala singa dan ekor negara.

Ikan tersebut juga merupakan ikan yang datang daripada keluarga ikan jerung dan hidup di laut dalam serta amat jarang ditangkap.

Walaupun ratfish ini dilihat tidak berbahaya kepada manusia dan hanya makan haiwan yang berkulit keras seperti ketam dan siput, rupanya yang agak aneh sudah cukup untuk memberi kejutan kepada pemancing atau nelayan yang menjumpainya.

Mata besar yang terdapat pada ikan tersebut dipercayai berfungsi untuk membolehkan ianya melihat di dalam gelap, sesuai dengan habitatnya di laut dalam.

Gambar: Bournemouth News

Oscar, 19, turun ke laut untuk memancing ikan halibut biru, namun secara tidak sengaja dia telah menangkap ikan ratfish itu ketika memancing di pulau Andoya yang terletak di utara Norway.

Dia menggunakan empat mata kail dengan ikan makarel yang digunakan sebagai umpan pada masa itu.

“Kami ingin memancing ikan halibut biru iaitu sejenis ikan yang terdiri dalam golongan yang jarang kelihatan kira-kira lima batu dari pantai.

“Saya menggunakan mata kail jenis 4 serangkai dan merasakan sesuatu yang agak besar pada mata kail saya semasa memancing.

“Kira-kira 30 minit masa diambil untuk berlawan dengan ikan-ikan tersebut kerana mata kail saya berada dalam jarak 800 meter ke bawah.

“Terdapat dua ikan halibut pada dua cangkuk mata kail saya dan saya berasa sangat gembira, akan tetapi bukan ikan halibut sahaja yang berjaya dicangkuk oleh mata kail saya.

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right