Siakap Keli

Rakaman ‘Dash cam’ Budak Melambung Tinggi Dilanggar Kereta Jadi Viral

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jalan raya merupakan tempat yang berbahaya kepada semua golongan terutamanya kepada kanak-kanak. Perkara ini adalah kerana kebanyakan kanak-kanak tidak tahu akan risiko dan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku di atas jalan raya.

Seperti kejadian yang dikatakan berlaku di Ketereh, Kelantan ini, rakaman dash cam memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang melintas jalan dilanggar oleh sebuah kereta yang menggunakan laluan yang sama. Menerusi rakaman tersebut, kanak-kanak berkenaan dilihat melintas jalan dalam keadaan berlari sebelum bertembung dengan salah sebuah kereta.

Lebih tragis, kanak-kanak lelaki itu dilihat melambung dan terseret beberapa meter dihadapan kenderaan yang melanggarnya. Sejurus kejadian itu, beberapa orang dilihat mendekati kanak-kanak tersebut dan mengangkatnya lalu di bawa ke bahagian tepi jalan.

Walau bagaimanapun, mujurlah kenderaan yang dipandu pada masa itu tidak berada pada kelajuan yang tinggi dan rempuhan tersebut tidak mengakibatkan kecederaan serius terhadap kanak-kanak lelaki itu.

Berdasarkan kejadian ini, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku di atas jalan raya. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memantau pergerakan anak mereka terutamanya ketika berada berhampiran jalan raya. Kejadian seperti ini sangatlah berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan maut.

“Budak tu ok. Dah pegi hospital, scan semua, Alhamdulillah ok”

Rata-rata wargamaya yang menonton rakaman tersebut mengharapkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi dan menasihati agar pengguna jalan raya yang lain berhati-hati dengan segala kemungkinan yang tidak pernah disangka-sangka.

“Sepatutnya before budak tu lari dari belakang kereta tu dia kena tengok kiri dulu”

“Sepatunya ada pengawasan orang dewasa, nasib tak laju mana kereta ni”

“Ya Allah, ngeri rasanya tengok”

Sumber: Twitter Azz

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra