Siakap Keli

”Untuk Mak Hang, Janji Beratus Kali Pun Pak Tewas”, Kisah Ayah Ikrar Berhenti Merokok Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak

Seperti yang telah diketahui dan cukup terbukti di kertas-kertas kajian sains, merokok adalah salah satu perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Pelbagai penyakit kronik yang boleh didapati akibat daripada menghisap rokok. Angka kematian akibat daripada menghisap rokok pula semakin meningkat.

Umum telah mengetahui bahawa merokok bukan sahaja akan memberi kesan kepada si penghisapnya, malahan ianya akan turut menjejaskan kesihatan orang yang berada di sekelilingnya. Asap rokok itu sendiri mengandungi pelbagai bahan kimia yang merbahaya.

Untuk berhenti daripada menghisap rokok ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kerana setiap rokok mengandungi nikotin. Nikotin ini adalah sejenis bahan kimia yang membuatkan si penghisapnya menjadi ketagih. Pelbagai dugaan yang perlu dilalui oleh seorang perokok untuk berhenti daripada menghisapnya. Menurut seorang bekas perokok ini, dia pernah muntah-muntah semasa dalam proses hendak berhenti daripada menghisap rokok. Untuk mengetahui denga lebih lanjut, ikuti perkongsian seorang pengguna Twitter yang bernama Mohamad Hafiz seperti berikut:

Harini setahun yang lepas Norhafizah dilahirkan di dunia ini. Tak tau nak beli hadiah apa untuk harijadi sebab dia kecik lagi. Jadi aku decide untuk berhenti merokok sebagai hadiah. This is the last one.

Update. 3,4 kali muntah dan terus ke klinik. Kuat betul penangan rokok ni. 16 tahun hidup bergelumang asap rokok. Pergi klinik pun selipar sebelah lain-lain

Gambar: Twitter

Abah pernah juga berhenti rokok sebab opah dan atuk hang, Hafizah,tapi tewas. Demi mommy hang jangan cakap la, beratus kali janji, tewas juga. Ni pertama kali sebab anak abah. Harap-harap berjaya la

Gambar: Twitter

Terima kasih atas sokongan dan doa dari semua. Saya sangat-sangat hargai.

Sumber: Mohamad Hafiz

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.