Siakap Keli

“Aku Mulai Menahan Tangisan,” Meninggal Waktu Bersalin, Suami Tak Cukup Duit Kebumi Jenazah Isteri

Tular minggu lalu apabila lelaki berusia 31 tahun ini menawarkan perkhidmatan van jenazah secara percuma. Namun, menurut Yunizam Yusop, dia sememangnya sudah menyediakan kemudahan ini untuk orang ramai tanpa mengira bangsa sejak beberapa tahun lepas.

Yunizam sememangnya dikenali di laman Facebook, gemar berkongsi kisah teladan untuk dijadikan pengajaran kepada masyaraka dan baru sebentar tadi, Yunizam ada memuatnaik hantaran tentang satu kejadian pilu di mana seorang ibu telah meninggal dunia ketika bersalin.

Tambah Yunizam, kejadian tersebut berlaku di batu 3 Sandakan, sebuah perkampungan yang tidak bernombor di kawasan taman perumahan mewah.

“Aku cuba bertanya padanya Mamamu di mana? Jawab si kecil itu “dia sedang tidur pakcik”

Di petang yang syahdu kami memecut laju melalui deretan rumah-rumah Indah, mewah di Sandakan. Sebenarnya disebalik deretan keindahan rumah itu terdapat puluhan buah rumah seperti pondok-pondok usang yang di bina untuk dijadikan tempat berteduh.

Kelihatan seorang lelaki muda tanpa selipar dan sedikit tidak terurus sedang menunggu kami. Dia berseorang melambai daripada jauh. Sini. sini, sambil mengangkat tangannya.

Kami bertanya mana yang lain. Jawabnya, aku sendiri saja ni tuan.

Aku terus membuka pintu belakang van. Sebelum menurunkan keranda. Dia menahan tanganku daripada menurunkan keranda. Lalu dia terus bertanya.

“Sebenarnya encik, aku nak tanya, berapa cas perkhidmatan ni? Berapa encik cas?” Nadanya mulai perlahan.

Tanpa berlengah aku pun tarik keranda dan ajak dia terus menuju ke rumah arwah. Janganlah kau fikir pasal bayaran, Kami tidak ambil pun bayaran tuan. Percuma saja van jenazah ni.

Mukanya nampak sedikit lega dan katanya terima kasih.

“Arwah ni meninggal sebab apa?”

“Meninggal sebab beranak! Sebenarnya ini biniku encik. Ini anak kami yang ketiga. Jam 6.30 pagi tadi ibunya meninggal.”

“Kenapa kau tidak bawa ke Hospital saja?”

“Kami tiada duit”

Aku tersentap, dan aku cuba bertanya pada anak nya yang kedua berusia 2 tahun. Mana mamamu? seolah-olah tidak mengetahui ibunya telah pergi meninggalkan mereka – sikecil itu menjawab.

“Dia tidur pakcik”

Aku mulai menahan tangisan, dalam hatiku berdoa. Ya Allah, perkenankanlah..Tidurkanlah mujahidah ini dengan tenang di dalam kuburnya.

Ampunkanlah dan lupakanlah segala dosa-dosanya. Pesanku pada diriku sendiri dan sahabatku sekalian.

Cubalah Pandang wajah pasangan anda masing-masing hargailah perjuangan dan pengorbanan mereka selagi mereka masih ada bersama anda susah dan senang. Mudah-mudahan syurga buatmu untuk semua wanita yang bergelar Ibu. Amin. Anak selamat dan ibu pergi dulu.

Pengguna Facebook lantas memenuhi ruangan komen di hantaran yang ditulis oleh yunizam itu. Rata-rata mereka menzahirkan perasaan sedih dan mengucapkan takziah di atas insiden duka tersebut.

Semoga keluarga ini diberikan kekuatan dan penghiburan serta dipermudahkan segala urusan

Meskipun maknya sudah tiada, si baby sudah di urus berbaju lengkap, sedihnya hatiku

Berderai air mata pagi-pagi ni, melihat anak kecil yang belum mengerti

Sumber: Yunizam yusof

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)