Siakap Keli
FOTO; FAISAL JAMAL

Telefon Tercicir Di Stesen Keretapi Jepun, Masa Nak Report Polis Lelaki Terkejut ‘Phone’ Dah Siap Berbungkus Di Balai Polis

Boleh dikatakan sesebuah negara maju dan berjaya itu daripada sistem pentadbiran tertinggi negara. Namun pernah tak anda terfikir sebenarnya ia datang dari sikap individu yang memain peranan penting untuk melakukan perubahan kepada negara.

Kita semua tahu negara Jepun merupakan satu negara yang hebat dari segi pembangunan yang maju dan teknologi canggih. Walaupun rakyat di negara Jepun begitu padat, disiplin yang ditunjukkan oleh mereka sangat menerima pujian daripada pelancong terutamanya dari negara Malaysia.

Perkongsian daripada Faisal Jamal di laman Facebook mengenai barangnya tercicir semasa berada di sebuah stesen keretapi semasa berada di Jepun.

Orang Jepun memang hebat

Menurut Faisal, telefonnya tercicir di sekitar stesen keretapi pada waktu malam. Letih kerana baru sahaja tiba di destinasi untuk penginapan secara tiba-tiba dia bahari sedar bahawa telefonnya tiada.

“Cuba nasib pergi ke pondok polis berhampiran untuk buat laporan, rupanya telefon sudah ada di sama disimpan dalam bungkusan kes. Alhamdulillah selesai masalah.”

Para netizen berkesempatan meninggalkan beberapa komen tentang pengalaman mereka tercicir barang semasa menjejaki Jepun juga.

“Orang Malaysia kena ubah sikap…budaya dan cara diorang yang kita boleh didik dari kecil”

“Memang rasa nak repeat ke sana”

“Takpernah tercicir barang, tapi ini yang membuatkan saya nak pergi lagi..”

“Pernah tertinggal Hp di dobi 24 jam, bila pergi balik masih elok tak terusik”

 

Sumber: Faisal Jamal

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)