Siakap Keli
Kredit: CNN/Living Nomads/Live-Less-Ordinary

30 Bandar Dengan ‘Street Food’ Paling ‘Best’ Di Dunia, Dua Bandar Malaysia Tersenarai

Sama ada anda berpegang kepada prinsip ‘makan untuk hidup’ atau ‘hidup untuk makan’, satu hakikat yang kita semua tak dapat sangkal ialah makanan di Malaysia memang sedap-sedap belaka.

Sebab itulah hidangan di Malaysia pernah beberapa kali tersenarai antara makanan terlazat di dunia seperti yang pernah dilaporkan CNN dan Migrationology.

Terbaru, undian dijalankan portal penyedia perkhidmatan perbandingan hotel, My Late Deals mendapati dua buah bandar di Malaysia tercalon dalam senarai 30 bandar dengan makanan tepi jalan yang terbaik dari segi jumlah gerai, kebersihan, harga serta kepelbagaian makanan yang dijual.

Dua bandar tersebut adalah Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan kedudukan masing-masing tempat ke-16 dan ke-19. Daripada undian tersebut, Pulau Pinang mendapat 63 mata manakala KL 60 mata.

Carta telah diungguli Hong Kong dengan 93 mata diikuti Bangkok (90), Ho Chi Minh (89) dan Singapura (86).

Antara bandar lain yang tersenarai ialah Mumbai (78), Rom (76), Beijing(68), Seoul (68), IstanbulĀ  (65), Tokyo (61), Taipei (49) dan New York (43).

Untuk senarai penuh, anda boleh layari Street Food City Index 2019 seperti di bawah.

Sumber: Mirror.co.uk, Street Food City Index 2019

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.