Siakap Keli
Gambar: Instagram Wawa Zainal

“Attar Ni Speech Delay” Wawa Zainal Mengaku Silap, Kerap Beri Main Gajet Punca Anak Ada Masalah Percakapan

Gajet ibarat bilah pisau yang boleh memberi manfaat dan juga mudarat kepada pengguna bergantung kepada cara penggunaannya.

Pendedahan gajet secara berlebihan kepada kanak-kanak boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan mereka.

Berdasarkan kajian oleh Jabatan Sains Komputer Universiti Lahore Garrison yang dilaporkan dalam Journal of Depression and Anxiety, penyelidik mendapati semakin banyak masa kanak-kanak digunakan untuk bermain gajet, semakin cenderung kanak-kanak tersebut mengalami masalah pertuturan.

Kanak-kanak belajar bercakap dan berkomunikasi dengan interaksi dengan orang lain. Jika mereka tidak berkomunikasi, mereka tidak belajar, lapor jurnal tersebut.

Kata penyelidik terlibat, Sundus M., “Setiap satu minit digunakan untuk menghadap skrin samada gajet atau televisyen, satu minit berkurang untuk si anak bercakap atau belajar dengan orang lain.”

Gambar hiasan. (Kredit: Freemake)

Selain itu, setiap 30 minit penambahan masa melihat skrin, risiko kanak-kanak mengalami masalah pertuturan meningkat sebanyak 49 peratus terutamanya bagi mereka yang berusia enam bulan hingga dua tahun.

Hal ini diakui selebriti terkenal tanah air, Wawa Zainal melalui laman Instagram apabila berkongsi tentang perkembangan anak sulungnya, Attar.

“Ramai yang tanya Attar ni sebenarnya ada masalah apa. Attar ni speech delay. Umur dah 6 tahun tapi belum lancar sangat lagi bercakap. Tapi alhamdulillah ada peningkatan semenjak Wawa hantar dia pergi Occupational Therapy (OT), terapi pertuturan.

“Untuk yang mengadu anak masih belum bercakap padahal dah dua tahun, tiga tahun tu cuba kurangkan gajet. Sebenarnya Attar ni pun lambat sebab suka tengok gajet dulu. Silap kami.

“Bila Wawa posting pasal Attar ni ramai yang mesej. Rupanya ramai juga ibu-ibu di luar sana yang alami maslaah yang sama. Tak apa, kita doa dan usaha.

“Usahanya hantar pergi terapi dan sebagainya.. Dan banyak luangkan masa dengan dia. Semoga berjaya ibu-ibu sekalian.”

Sumber: Wawa Zainal, J Depress Anxiety.

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.