Siakap Keli

(Video)Tular Rakaman Bangkai Ular Didakwa ‘Berkaki’ Ditemui Jadi Mangsa Kebakaran Hutan Di Riau?

Baru-baru ini tular video penemuan seekor ular yang mati dalam kebakaran hutan di Indragiri Hulu, Riau, Indonesia.

Dalam video berkenaan, beberapa penduduk telah menemui seekor ular yang hangus ditemui selepas kebakaran di lokasi tersebut padam. Sambil meneliti fizikal haiwan tersebut, mereka mendakwa terdapat dua kaki pada badan ular tersebut.

Walaubagaimanapun, Ahli Herpetologi Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Amir Hamidi menafikan perkara tersebut. Sebaliknya, organ tersebut merupakan hemepenis, organ reproduksi ular jantan yang terletak di pangkal ekor.

Ketika ular mengawan atau mati terbakar, otot-otot hemepenis ular akan menegang dan menyebabkan organ tersebut keluar dari badannya.

Amir belum dapat memastikan spesies ular berkenaan.

Sumber: Tribun News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.