Siakap Keli
Gambar : Bernama

Jerebu : Tidak Adil Salahkan Industri Kelapa Sawit

Putrajaya : Tidak adil untuk terus menyalahkan industri  kelapa sawit setiap kali berlaku jerebu kerana banyak syarikat itu mematuhi piawaian pertanian yang  mampan , kata Menteri  Industri Utama Teresa Kok.

Beliau  berkata ini kerana  syarikat-syarikat perladangan besar tidak akan mengamalkan pembakaran terbuka kerana mereka  patuh kepada prinsip pertanian yang baik sama ada Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) atau Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).

Adalah tidak adil untuk menunding jari terhadap industri kelapa sawit apabila jerebu berlaku kerana kebakaran hutan adalah disebabkan musim EL Dino.

Di banyak bahagian Borneo dan Indonesia dan sebahagian Malaysia, terdapat banyak tanaman atau pokok-pokok yang ditanam di tanah gambut yang mudah terbakar.

“Kadangkala  ada  pekebun kecil yang  melakukannya (pembakaran terbuka) dan bukan pekebun kecil kelapa sawit atau mungkin di kampung lain yang terlibat,” katanya selepas merasmikan Program Pembiasaan  Minyak Sawit ke-39 (POFP) yang dihoskan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini hari ini.

Kok berkata beliau akan berkunjung  ke Indonesia bulan depan untuk bertemu dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution  bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan industri kelapa sawit termasuk jerebu.

”Kami akan mengadakan mesyuarat bulan depan dan berharap pemilik syarikat perladangan termasuk dari Malaysia dapat turut serta  dan berbincang mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan industri itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain , Kok berkata Malaysia mampu mengeksport minyak sawit ke lebih banyak negara dan mencatat pertumbuhan dua angka tahun ini tetapi hasilnya menurun disebabkan oleh harga minyak sawit yang rendah.

“Kuantiti telah meningkat tetapi nilai tidak, sebenarnya kita berjaya mengeksport lebih banyak minyak sawit ke lebih banyak negara dan stok simpanan telah berkurang, tetapi oleh kerana harga minyak sawit yang rendah, hasilnya menurun,” katanya.

Tahun lepas, produk kelapa sawit dan kelapa sawit menyumbang RM67.5 bilion kepada pendapatan eksport Malaysia dan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih tiga juta orang di sepanjang rantaian bekalannya termasuk lebih daripada setengah juta pekebun kecil.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.