Siakap Keli

Sering Dilabel ‘Mulut Puaka’, Siapa Sangka Chef Wan Duda Idaman Malaya

Bila sebut sahaja nama Chef Wan, pasti semua akan terkenangkan celoteh Chef selebriti yang disegani dan dikenali ramai ini. Selain peribadi yang menghiburkan, ramai mengetahui beliau mempunyai suara yang lantang dalam menyuarakan pendapatnya di media sosial.

Namun, siapa sangka pendedahannya kali ini mengejutkan ramai kerana berkaitan dengan bekas isteri beliau. Rupanya di sebalik ‘mulut puaka’ Chef Wan tersimpan seribu kebaikan terhadap bekas isteri yang diceraikan sejak 35 tahun dulu.

Walaupun sudah berpisah sekian lama, namun kebajikan bekas isterinya masih dijaga sehingga kini. Sikap terpuji inilah yang wajar menjadi contoh kepada ramai lelaki lain di luar sana.

Morning! Pagi-pagi dah ke hospital pi settle bill Janda nak operate tangan buat graft for her dialysis.

Suruh jaga makan bertahun lamanya tak mau dengar nasihat saya or anak-anak. Kuat propa dan curi makan. Sejak ada Grab food ini main order aja mcm Janda Kaya!

Memang janda bertuah kata emak

Duda bulan-bulan pulak yang sedia kan allowance makan. Cekik la puas-puas. Kena tangkap curi makan anak-anak bising mereka di salah kan pulak. Letih drama orang kencing manis ini. Tak serik-serik.

Yang jadi mangsa kita la juga yang waste all this money for her medical bill and had wished she had taken care of herself better. Dah la full time duduk rumah jadi Puan Sri tak perlu kerja. Memang Janda bertuah kata emak!

‘Bela’ janda selama 35 tahun

Ada orang cerai nak bagi susu anak pun susah ini kan kita bela janda kita selama 35 tahun penuh wang saraan serta rumah pun di beli kan. Itu pun tak pandai jaga diri at time geram rasanya.

Its not about the money but its about all of us dah la busy mencari rezeki masing-masing dan sibuk but now ada tanggung jawab for her dialysis cost, sending her to hospital 3 times a week and taking her back its exhausting. We want her to be happy and enjoy her life.

Ini cabaran hidup saya

Last 2 months she was hospitalised 3 times paru-paru berair… minum air tak jaga sukatan. Dah la sakit jaga la makan dan minum itu. Asyik melayan tembolok dan ini menyusahkan orang lain. Sesiapa yang jaga orang kencing manis cronic ni and dialysis can relate to me kan. Its all about habits old die hard!

Tak pe la ini cabaran hidup saya. Selagi saya mampu buat kebaikan dan membantu manusia lain di dalam kesusahan saya akan korban kan lah mana yang saya mampu. Life is indeed a huge challenge nak jaga Janda dan emak pun and life is indeed one huge sacrifies pun.

Sesetengah orang hanya tahu menilai saya sahaja

Some people only know how to judge me sahaja tetapi jika berada in my shoes i bet many cannot do it. Tak usah kata nak jaga nasib ibu dan bapa, janda atau rumah-rumah anak-anak yatim dan rumah org2 tua dan yang cacat nak jaga diri sendiri dan sikap masing-masing pun belum tentu lagi. So never judge the book by its cover.

Di dalam mereka menghina dan mencaci kita di belakang itu hari-hari Allah kuat kan semangat diri saya serta di perluas kan pintu rezeki saya to inspire many more others to do the right things and put a smile on so many faces.

Sumber : Instagram _chefwan58

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.