Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Isu buli jalanan bukanlah hal yang ringan kerana silap hari bulan, ia boleh mendatangkan kecederaan serius bahkan meragut nyawa seperti yang berlaku di Lebuhraya PLUS tempoh hari.
Terbaru, dua lelaki bergaduh di plaza tol akibat ketidak puasan hati sesama mereka dengan disaksikan oleh anak salah seorang pemandu dan isterinya yang bertindak merakam detik berkenaan.
Hal ini pastinya memberi kesan buruk kepada si anak yang melihat keganasan tersebut. Bayangkanlah andai sesuatu yang buruk terjadi kepada si ayah, pasti anak itu akan mengalami trauma.
Kebijaksanaan seringkali menewaskan kekerasan. Seorang pengguna Twitter berkongsi cara yang digunakannya untuk menghadapi pembuli jalan raya. Katanya sudah dua kali berjaya.
Ada dua langkah utama iaitu dengan mengalah dan laporkan kepada polis dalam tempoh 24 jam. Namun anda mestilah mempunyai kamera dashcam di dalam kereta terlebih dahulu.












Sumber: Advreds