Siakap Keli

“Terasa Nak Minum Air Sirap, Tiba-tiba Orang Hulur Air Ros..” Anak Setia Jaga Ibu, Dapat Rasa ‘Keajaiban’ Tanah Suci

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua pasti ingin dijemput menjadi tetamu Allah di Mekah demi melaksanakan Rukun Islam Kelima. Tanah suci yang terlalu istimewa untuk umat Islam sehingga membuatkan mereka yang pernah mengunjunginya berasa tenteram dan tindu untuk kembali.

Pelbagai perasana bercampur baur tatkala menjejakkan kaki ke bumi kelahiran Nabi Muhammad SAW, mulut dan hati pasti tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana tidak semua orang terpilih untuk menyahut serun ini.

Seroan peguam yang sememangnya aktif di media sosial, gemar berkongsi kisah sebagai pengajaran kali ini menceritakan sendiri pengalaman anehnya sewaktu berada di Tanah Suci Mekah.

Masa pertama kali menghadap Kaabah secara depan-depan, bergetar lutut dan menangis. Inilah tempat kita menghadap bila solat selama ni tak kira di mana jua. Rindu sangat.

Setiap kali nak solat fardhu, akan ada petugas datang untuk calit minyak Oud pada kain Kaabah. Wangi sangat, beberapa kali sempat aku ‘ambik’ bau tu kat tapak tangan. Bau yang sama petugas akan calit kat Hajarul Aswad.

Tapi sepanjang seminggu kat sana, aku cuma sempat sekali pegang Hajarul Aswad. Sebab target aku bukan situ, target aku nak berdoa di Multazam.

Di dalam Masjidil Haram ni ada beberapa tempat kalau menurut hadis, dikatakan makbul jika berdoa. Multazam, Pancur Emas dalam Hijr Ismail, Hajarul Aswad, Makam Nabi Ibrahim, tempat mula tawaf, rukun Yamani, tempat Jibril imamkan Rasullulah.

Antara peristiwa aku takkan lupa dapat solat belakang imam, dapat berdoa cara Rasullulah di Multazam dan dapat solat dalam Hijr Ismail untuk beberapa kali.

Peristiwa ‘pelik’ yang aku takkan lupa. Masa tu tengah tunggu solat fardhu. Aku lepak bawah tangga King Aziz, tiba tiba rasa nak sangat minum air sirap.

Tapi mana nak dapatkan? Tiba tiba ada orang Pakistan tak silap, dia hulur air ros, rasa dia Wallahi macam sirap. Ni lah air ‘sirap’ tu.

Aku terkejut sangat sebab aku terdetik nak minum air sirap tu dalam hati je. Tiba tiba Allah bagi melalui orang aku tak kenal.

“Ni lah Multazam. Ruang antara Hajarul Aswad dan Pintu Kaabah. Ada hadis Sahih kata, siapa berdoa kat sini, pasti termakbul. Syukur ya Allah beri aku peluang ni.”

Masa tu, aku sorang je setiap kali waktu fardhu. Family semua tak larat nak ke Kaabah sebab ramai orang. Tapi aku nekad, setiap kali solat fardhu aku nak solat betul betul depan Kaabah. Aku tak fikir apa melainkan setiap kali tu aku cuma baca satu doa ni sahaja.

Setiap kali aku nak ke pergi dekat pada Kaabah, bayangkan ribuan manusia tengah tawaf ni. Aku ikhlas dan yakin berdoa “Ya Allah bantu aku ke KaabahMu. Bukalah jalan untuk aku sebagaimana Kau bukakan jalan buat Nabi Musa di tengah laut.” Aku tekad dan nekad.

Alhamdullilah, setiap kali itu aku dapat solat belakang imam dan dapat berdoa di Multazam.

Haih tak pasal pasal menangis malam ni. Rindunya nak ke sana lagi. Lagi gambar Kaabah. Ni belah malam. Tak silap masa ni tengah nak solat Isyak. Tu pengawal baju coklat, polis penjaga Kaabah. Setiap kali imam datang, dorang akan buat barisan dari Hajarul Aswad hingga ke Makam Nabi Ibrahim.

Setiap kali nak solat juga dorang akan bakar bughoor untuk wangikan kawasan sekitar Kaabah. Wangi sangat, bau Oud. Dorang akan cuci lantai tu untuk imam dan orang besar besar Masjidil Haram solat depan pintu Kaabah tu.
Tempat imam solat adalah tempat sama dimana Malaikat Jibril pernah turun ke bumi dan menjadi imam Rasullulah. Masa peristiwa tu, Rasullulah baru turun dari langit lepas dapat perintah solat 5 waktu.
Ni lah Pancur Emas. Pancur Emas ni salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Terletak dalam Hijr Ismail. Setiap kali waktu hujan, air dari atas Kaabah akan turun melalui Pancur Emas ni.
Moga semua yang nampak tweet ni diberi kesempatan oleh Allah untuk berkunjung ke Mekah dan Madinah. Amin. Kumpul lah duit sikit sikit, simpan dengan niat nak ke Mekah dan Madinah, biar untuk umrah je sekalipun. Wallahi korang takkan menyesal.
Sebelum nak berangkat ke Tanah Haram, macam macam aku fikir. Masa tu tengah kalut dengan kerja di pejabat. Aku fikir dengan dosa bertimbunnya, aku tak nak lah kan tiba tiba sampai sana jadi bukan bukan. Tapi tak, sebaliknya berlaku.

Aku rasa salah satu sebab urusan aku dipermudah di Mekah dan Madinah, sebab kat sana, aku jaga Mama sangat sangat.

Aku takkan tinggalkan Mama selagi dia tak duduk di mana mana tempat nak solat. Aku bawak Mama cium Hajarul Aswad walaupun beribu orang berebut.
Aku dan Mama biasa jalan berdua je setiap kali waktu solat fardhu atau sunat. Mama tak ada telefon masa tu dan Mama jenis mata rabun. Tapi setiap kali, aku akan tinggalkan dia di mana mana tempat boleh solat dan pesan jangan kemana mana sebelum aku datang jemput.
Tapi pernah sekali, aku terhilang Mama. Aku tak jumpa Mama. Aku dah pesan supaya tunggu dekat tangga King Aziz, tangga kami selalu guna. Tapi masa tu Mama tak ada. Allahu sudahlah aku kata.
Merata rata aku cari. Berpuluh kali aku ulang alik cari Mama di tangga King Aziz. Telefon tak ada apa tak ada, macam mana nak cari. Aku menangis dah masa ni. Sebab aku tahu Mama tak nampak dan dia tak ingat jalan balik ke hotel.
Aku tak tahu nak buat apa. Aku nak balik ke hotel pun, aku tahu Abah dengan abang aku pun tak ada di bilik masa tu. Aku menangis sangat sangat. Mana Mama?

Masa ni lah aku terduduk atas tangga King Aziz tu. Aku terkedu, dalam fikiran aku masa tu, aku dah hilang Mama. Aku anak jahat sebab tak jaga Mama.

Macam macam cerita dah datang dalam kepala aku ni, cerita orang hilang dalam Masjidil Haram, cerita orang maut kena rempuh. Allahu jangan jangan apa apa pada Mama.
Akhirnya, aku mintak tolong pada Allah. Ye lepas dah sejam cari Mama baru aku teringat nak mintak tolong Allah. Aku berdoa sungguh sungguh ni, Ya Allah tolong lah buka mata aku untuk nampak Mama. Gerakkan lah hati Mama untuk datang kat aku sebagaimana Kau temukan Adam dan Hawa.
Wallahi, aku jalan semula ke tangga King Aziz Aku nak tunggu Mama kat situ. Masa aku dah nak sampai tangga King Aziz tu, aku nampak Mama! Aku cepat cepat lari pergi ke Mama. Dia terduduk bawah tangga.
Mama nampak sedih dan letih. Dia duduk, agaknya penat berdiri. Sampai je kat Mama aku terus peluk cium. Aku tanya mana Mama pergi? Puas cari kat sini tadi, Mama tak ada. Teka apa? Mama kata dia dah tunggu aku kat situ sejam dah.
Aku tak kata apa apa. Aku diam je. Sebab aku tahu lah aku dah cari Mama macam orang gila kat tangga King Aziz tu. Tak ada pun tadi. Sempat juga lah aku kena marah dengan Mama sebab buat dia tunggu.

Percaya tak, walaupun ada ribuan orang kat dalam Masjidil Haram tu, tapi tak terasa pun macam sesak ke rimas ke apa. Rasa tenang je.

Seronok tengok orang ramai, demi satu tujuan yang sama – Allah. Masa dalam Masjidil Haram tu kan, kat setiap ceruk ada tong air zam zam. Ada yang sejuk dan ada yang room temperature. Lain lah feeling dia minum air zam zam kat Mekah dengan di Malaysia walaupun air yang sama.
Kenangan yang aku takkan lupa dalam hidup. Berada di Mekah, tanah yang diberkati Allah. Tanah yang Dajjal tak akan boleh masuk. Tanah yang dilindungi dari wabak. Di Madinah, lagi banyak ceritanya.
Sumber: Ikhwan

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)