Siakap Keli

(Video) “Bedesup Macam Ferrari,” Kereta Lawan Arus Lagi, Netizen Gelar Myvi Sebagai ‘Ferrari Malaysia’

Tular sebuah video di laman Facebook sebentar tadi yang memaparkan sekali lagi kejadian pemandu melawan arus. Kali ini ianya didakwa terjadi di Lebuhraya MEX berhampiran IMU Bukit Jalil.

Rakaman dari ‘dash cam’ berdurasi 15 saat itu ‘menangkap’ imej kereta Myvi berwarna putih yang tiba-tiba muncul dari arah hadapan.

Lantaran tersebarnya video berkenaan yang mula dimuatnaik oleh laman Facebook Info Roadblock  JPJ/Polis dipenuhi kritikan daripada warga net yang rata-rata meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan sindiran terhadap tindakan berbahaya pemandu Myvi tersebut.

Berdesup, macam Ferrari Malaysia kan?

Disebabkan kecuaian orang lain, pihak yang berhati-hati yang jadi mangsa

Beri hukuman berat kepada pemandu melawan arus

Macam mana boleh memandu ‘wrong way’ ye? Takkan tak tahu jalan yang betul

Bersangka baik, dia tertekan butang terbang, tetiba rosak bila dah naik ketinggian enam kaki melepasi divider

Makin banyak kes macam ni, aku pernah jumpa yang live

Jangan buat perangai gila dan menyusahkan pengguna lain, pastu orang lain jadi mangsa

Pemandu lawan arus ni sebenarnya sengaja tay tak sengaja? kalau tak sengaja berhenti la dari terus melawan arus tu

 

 

Sumber: Info Roadblock

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)