Siakap Keli

9 Kereta Honda Untuk 9 Pemilik Bertuah, Rezeki Anda Mungkin Tertulis Di Karnival Ini

Jenama Honda adalah antara jenama kenderaan bukan nasional yang sangat popular di Malaysia. Mungkin ada yang perasan, setiap isi rumah di Malaysia pasti memiliki produk berjenama dari Jepun, begitu juga dengan jenama Honda yang tidak sukar untuk ditemui, walau tak kira di mana lokasi anda berada.

Tahu tak, sejak pertubuhan Honda Malaysia, berapa banyak jumlah kenderaan yang berjaya dijual oleh gergasi automotif dunia itu di seluruh tanah air?

Lebih 900,000 unit! Ya, macam tak percaya je kan Honda dah jual kenderaan sebanyak tu disini. Tambah-tambah kalau anda juga pengguna kenderaan-kenderaan tersebut, beruntung sangat-sangat sebab menjadi sebahagian daripada keluarga besar Honda Malaysia.

Bersempena pencapaian luar biasa ini, Honda Malaysia bakal mengadakan satu event khas bagi meraikan semua pelanggan-pelanggan setianya. Nanti kami kongsi apa yang bestnya mengenai event ni.

Kat mana event ni akan diadakan? Untuk pengetahuan anda semua, ia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil Ruang Letak Kereta Terbuka A & B pada 28 dan 29 September ini dari jam 10 pagi – 10 malam.

Jadi, Honda Malaysia bersempena Road To 900,000th Unit Milestone & Carnival Edu-tainment ni amat berbesar hati untuk menghadiahkan 9 unit kenderaan jenama Honda kepada individu yang bertuah menerusi kempen  Terima Kasih 900k yang berlangsung baru-baru ini. Setakat ini, dua orang pemenang bertuah sudah dapat dikenal pasti iaitu Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi dan yang terbaru, Mr. Lim Hong Ngee. Jadi, tak rugi kalau anda luang masa dekat event tu nanti. Mana tahu anda pemenang yang seterusnya.

Mohamad Adib Fida’iy bin Mohamad Hanapi, pemenang pertama kempen Road to 900,000th Unit Milestone bersama Presiden Honda Malaysia, Mr. Toichi Ishiyama dan Chief Operating Officer Honda Malaysia, Mr. Sarly Adle Sarkum
Pemenang kedua, Mr. Lim Hong Ngee bersama Chief Operating Officer Honda Malaysia, Encik Sarly Adle Sarkum

Selain itu, Honda Malaysia juga dah rancang siap-siap pelbagai aktiviti yang best, indoor dan outdoor untuk para pengunjung.

Untuk aktiviti indoor, anda boleh menyertai aktivititi-aktiviti seperti Interactive Milestone Journey, Advanced Tech Games, VR Games, Special Civic Preview, Racing Simulator, Kidzone dan Honda Merchandise booth.

Manakala untuk acara outdoor pula, aktiviti-aktiviti yang perlu anda sertai adalah acara pemberian 9 buah kereta, Pedal Carts dan juga PUD iaitu kempen penukaran beg udara. Nak bawa family pun tak ada masalah sebab Honda Malaysia turut membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk mengisi masa lapang anda bersama-sama. Jangan lupa untuk bawa baju “extra”, sebab nanti ada Gelongsor Air Gergasi sepanjang 380 kaki yang boleh memuatkan seramai 500 orang dalam satu-satu masa. Kat sini juga ada Insta Luminous, yang mana sebelah siang, ada banyak prop dan setup gempak untuk anda berselfie dan di sebelah malam, suasana akan disimbahi dengan cahaya-cahaya lampu berwarna-warni.

Paling best, buat yang kaki makan, Food Fair yang pasti memberi keterujaan untuk anda. Makanan yang macam mana? Yang kami tahu, variasi makanan yang didatangkan berasal daripada 14 buah negeri di Malaysia. Kena datang nanti, boleh ubat rindu kat makanan kampung halaman sendiri kan.

Lebih dari itu, Honda Malaysia juga turut menjalinkan kerjasama dengan Syok, Tealive dan unifi di mana ketiga-tiga pihak ini turut membuka booth di acara ini nanti.

Kat event ni juga anda berpeluang untuk meneroka pelbagai teknologi-teknologi canggih Honda Advanced Technology yang ada dipasang pada kenderaan keluaran Honda. Semua kereta Honda, seperti Honda Jazz, City, Civic dan Accord akan dibawa untuk dipamerkan kepada semua pengunjung.

Kalau anda pengikut setia jenama Honda ataupun arif dengan dunia automotif semasa, anda sedia maklum dengan berita Honda akan melancarkan Honda Civic Baharu. Buat yang berada dalam perancangan untuk upgrade kenderaan, inilah masanya kerana model tersebut akan turut dipamerkan.

Paling syok, anda sebenarnya berpeluang untuk menguji sendiri semua kenderaan-kenderaan ini untuk merasai sendiri prestasi enjin dan kecanggihan sistem yang dipasang termasuk sistem keselamatan kenderaan.

Jadi jangan lupa okay 28 dan 29 September ni dari 10 pagi-10 malam bertempat di Stadium Bukit Jalil Ruang Letak Kereta Terbuka A & B.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Honda Malaysia dan Facebook Honda Malaysia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.