Siakap Keli

“Moga Allah Berikan Syurga Untuk Sayang,” Suami Sebak Abby Abadi Pertaruh Nyawa Lahirkan Bayi Pramatang

Sebagai seorang isteri, diberi peluang untuk hamil adalah perkara yang paling terindah di dalam dunia ini apatah lagi jika sudah bertahun-tahun menunggu kehadiran cahaya mata untuk menambah seri dalam kehidupan.

Terkini, dalam laman Akaun Instagram pelakon terkenal dalam drama siri Gerak Khas, Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki pra-matang seberat 540 gram. Setakat ini doktor sedang memantau anak mereka di wad penjagaan intensif bayi (NICU).

Terbaru, dikatakan suaminya yang mengambil alih penggunaan Instagramnya telah memuat naikkan satu status yang meyentuh perasaan pengguna yang lain tentang pengorbanan yang dilakukan oleh isteri tercintanya.

Terlalu besar pengorbanan mu sayang, walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawamu. Pergorbanan yng terlalu sukar untuk dibalas…moga Allah berikan syurga untuk sayang. Rehat ya sayang….

Baby Boy Abah…Abah tahu baby kuat..baby nk jumpa mama, Baby nk jumpa Daiyan Dayana…baby nak jumpaAbang Kakak semua.. Abah doakan moga Allah lindungi baby dan berikan kesihatan yang terbaik untuk baby…

Moga baby dapat nikmati kebesaran Allah, dapat menjadi hamba yang terbaik untuk Allah…dapat merasakan nikmatnya solat…Ameen…moga Allah permudahkan.

Tambahan kata-kata Mama sambung; Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24 minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya Allah sahaja yang mampu menyelamatkan dia.

Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, mcm-macam berlegar difikiran. Yelah dari apa yg dibagitau oleh doktor, dari pengalaman orang keliling, dari bacaan sendiri.. seremmmm!!

Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni buleh diambil anytime… sekarang ni… rasa mcm…. berdebar-debar jerr… sekarang baby dah dilahirkan, tapi masih ada lagi risikonya…terasa bagai lilin yang buleh padam bila-bila masa je nyawa kami ni.

Mohon ALLAH SWT bg ruang dan peluang utk saya dan Baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur Baby kami & nyawa saya juga.. Amin

Rata-rata netizen juga mendoakan kesejahteraan dan memberi semangat bayi dan Abby Abadi.

“Kuasa Allah, bayi berjaya survive hidup sekarang dah 5 tahun”

“Ya Allah kau angkatlah doa semoga baby selamat dan boleh membesar dengan jayanya”

“Mula kami ingat dia takkan survive, tapi kuasa Allah hebat”

 

Sumber: Abby Abadi

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)