Siakap Keli
Gambar: Marca

(Video) Viral #MatrixChallenge, Zlatan Cabar Bintang Bola Sepak Buat, Khabib Pun Kena Petik

Pelbagai ‘challenge’ baharu yang menjadi bahan hiburan netizen-netizen di alam maya. Ada antara cabaran-cabaran ini dibuat bagi menyokong sesuatu agenda seperti amalan hidup sihat yang pernah menjadi tular dengan tersebut sebelum ini. Ada juga cabaran-cabaran ini dibuat hanya untuk tujuan hiburan semata-mata. Setiap cabaran itu akan dikongsikan bersama dengan hashtag di media sosial.

Antara ‘challenge’ yang pernah tular sebelum ini ialah #IceBucketChallenge, #KekeChallenge’, ‘#MannequinChallenge dan banyak lagi.

Namun baru-baru ini, seorang bintang bola sepak iaitu Zlatan Ibrahimovic telah berkongsikan satu video menerusi akaun Intagramnya.

Dalam video tersebut, beliau telah mereka cipta satu ‘challenge’ yang diberi nama #MatrixChallenge. Nama cabaran itu diambil daripada salah satu filem Hollywood yang terkenal iaitu The Matrix lakonan Keanu Reeves. Filem tersebut ada menampilkan satu adegan yang sangat terkenal. Adegan yang terkenal itu memaparkan aksi Keanu membengkokkan badannya sambil mengelak peluru dalam gerakan ‘slow motion’.

Dari situlah beliau dipercayai mendapat ilham untuk mencipta cabaran tersebut. Dalam video yang berdurasi 20 saat itu memaparkan aksi beliau yang sedang membuat cabaran tersebut. Bukan itu sahaja. Pemain sensasi LA Galaxy itu yang terkenal dengan sifat dan perangainya semasa di atas padang, telah mencabar beberapa bintang sukan untuk membuatnya.

Antara bintang sukan yang dicabarnya itu ialah pemain bintang Manchester United iaitu Paul Pogba, bintang sukan tenis Novak Djokovic, bintang UFC Khabib Nurmagumedov dan ejen bola sepak yang terkenal iaitu Mino Raiola.

Berikut adalah video yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya:

Sumber: Instagram Zlatan Ibrahimovic

Aqmal Ezany

I write what is right

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)