Siakap Keli

3 Tips Ni Korang Kena Tahu Kalau Berhajat Nak Beli Dua Buah Rumah Tahun Yang Sama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi anda yang meminati bidang hartanah, strategi pembelian aset amat penting bagi mengelakkan kerugian akibat tersilap langkah.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu bijak mengatur strategi bagi mengoptimakan aliran pendapatan pasif supaya pelaburan ini berbaloi.

Salah satu caranya ialah dengan menambah bilangan aset sedia ada. Jadi, jom kita baca tips membeli dua buah rumah dalam masa setahun yang dikongsikan perunding hartanah, saudara Harith Faisal.

Tip Beli 2 Rumah Setahun.

Ada yang bertanya kat saya semalam, boleh ke dia nak beli 2 rumah dalam tahun yang sama. Jawapannya, boleh. Tapi ada lah syarat-syaratnya yang dia kena patuhi.

1. Sewakan rumah pertama

Pertama sekali, kalau kau bergaji kecil. Kau wajib sewakan rumah pertama kau tu. Buat perjanjian sewaan elok-elok dan matikan setem di pejabat LHDN.

Lepas 6 bulan kau sewakan rumah tu, bank dah kira sewaan kau tu sebagai pendapatan tambahan. Jadi, komitmen kau untuk rumah tu sudah hampir di-cover sepenuhnya.

Cara ni memang ambil masa sikit. Tapi sabarlah. Takdalah lama sangat. Dengan cara ni, kau boleh beli rumah kedua SEPULUH BULAN lepas beli rumah pertama.

2. Melalui kelayakan gaji

Kedua, boleh kalau kau layak. Dengan gaji yang kau dapat sekarang, kau layak buat pembiayaan rumah RM600,000. Rumah pertama, kau baru guna RM200,000.

Jadi, kau masih layak buat pembiayaan rumah dengan bank lagi RM400,000. Nak beli rumah kedua ENAM BULAN lepas kau beli rumah pertama pun boleh.

3. Ada modal yang cukup

Ketiga, boleh sangat kalau kau ada modal yang cukup. Biasa kita dengar, kita perlu ada modal 15% daripada harga rumah kalau nak beli rumah subsale. Betul, kan.

Katakan, kau ada tunai kat tangan RM90,000 iaitu 15% daripada RM600,000. Untuk rumah pertama RM200,000 kau baru pakai modal RM30,000. Masih ada baki RM60,000.

Kau boleh guna RM60,000 untuk modal beli rumah kedua berharga RM400,000. Nak beli rumah kedua TIGA BULAN lepas kau beli rumah pertama pun boleh wei.

Akhir sekali, boleh kalau kau berani dan cukup ilmu di dada. Cewah! Kau setel poin kedua, ketiga dan keempat tu, kau boleh beli rumah kedua SEHARI lepas beli rumah pertama.

Sumber: Harith Faisal

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.