Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Kenapa Wanita Nampak Lebih Berumur Dari Usia, Tapi Lelaki Pula Sebaliknya? Ini Sebabnya- KAJIAN

Penambahan usia merupakan perjalanan penting hidup seseorang sama ada dari segi psikologikal, spiritual, fizikal mahupun intelektual.

Perkembangan setiap aspek ini akan memberi kesan mendalam terhadap kualiti hidup seseorang apabila meningkat usia seiring perubahan masa.

Bercakap tentang usia, pasti ada antara kita yang pernah terfikir persoalan ini,

“Kenapa lelaki lebih sering nampak muda daripada usia sebenar berbanding wanita sebaya?”

Jika kita perhatikan orang sekeliling, kita mungkin dapat meneka usia berdasarkan wajah dan karakter mereka. Namun tak semua tekaan tepat kerana ada individu yang kelihatan ‘lebih muda’ dari usia sebenar mereka.

Menurut salah seorang pengurus syarikat Johnson & Johnson, Kirk Brierley dalam temubualnya mengenai beza antara kulit wanita dengan lelaki, beliau berkata kulit setiap orang berbeza mengikut genetik dan cara hidup.

Temubual yang diterbitkan oleh The Loop itu menyatakan kajian mendapati penuaan lelaki akan seiring dengan wanita apabila usia menjejak 50 tahun. Pada usia itu, lelaki dan perempuan akan kelihatan serupa.

“Walaupun banyak persamaan organ terbesar (kulit) antara lelaki dengan perempuan, masih ada perbezaan yang tersendiri. Kulit lelaki kebiasaannya lebih tebal berbanding wanita di samping kelenjar sebum mereka yang membuatkan kulit mereka lebih lembap secara semulajadi,” kata Brierly.

“Disebabkan kulit mereka lebih tebal, ia lebih anjal dan dapat menahan tekanan daripada persekitaran setiap hari.

“Selain itu, kulit mereka yang lebih lembap juga boleh mengelakkan imej kusam yang sering berlaku apabila meningkat usia. Ciri inilah yang membantu melambatkan tanda penuaan seperti garis halus dan kulit kendur,” katanya.

Sumber: The Loop

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.