Siakap Keli

Jangan Buat Main, Tabiat Tutup Hidung Dan Mulut Ketika Bersin Sebenarnya Berisiko Bahayakan Kesihatan Dalaman

Sudah menjadi tabiat bagi kebanyakan orang untuk menutup hidung dan mulut ketika bersin. Tabiat itu dilakukan adalah kerana sifat hormat terhadap orang sekeliling supaya bakteria yang dikeluarkan tidak merebak kepada orang lain. Ianya dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati orang lain apabila bersin tanpa membelakangkan khalayak umum.

Namun begitu, apa yang perlu diketahui ramai ialah perbuatan menutup mulut dan hidung  ketika bersin boleh mengundang kepada bahaya kesihatan dalaman. Perkara tersebut pernah terjadi kepada seorang lelaki yang merana akibat bahagian belakang kerongkongnya yang cedera. Kesan daripada kecederaan itu, lelaki berkenaan hampir tidak dapat bercakap dan menelan sebarang makanan.

Perbuatan itu secara spontan boleh menyebabkan tekanan udara yang cuba dikeluarkan ketika bersin terhenti secara tiba-tiba. Tambahan lagi, udara tersebut yang tersekat juga boleh menyebabkan kecederaan kepada anggota tubuh yang lain seperti telinga dan mata.

Kecederaan itu merupakan sesuatu yang jarang berlaku melainkan  disebabkan oleh trauma, muntah-muntah, atau batuk kuat yang keterlaluan. Namun, ianya satu perkara yang perlu dititik beratkan untuk tidak menutup hidung dan mulut ketika bersin.

Gambar: Tribunnews

Menurut laporan sebuah portal tempatan, lelaki berkenaan mengalami komplikasi ketika cuba untuk menghentikan bersinnya dengan menutup hidung. Komplikasi yang dimaksudkan adalah seperti pseudomediastinum (udara yang terperangkap di dalam dada di antara kedua-dua paru-paru), penembusan membrantimpani (gendang telinga berlubang) dan juga pecah aneurisma serebral (saluran darah di otak).

Walaupun tabiat menutup hidung dan mulut dianggap sebagai satu kebiasaan, namun ianya turut memberi kesan buruk kepada tubuh badan terutamanya bahagian dalaman. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan lebih baik untuk membelakangkan orang disekeliling ketika hendak bersin.

Sumber: BMJ

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa