Siakap Keli
FOTO; NORHRLMY AHMAD

“Semoga Dipermudahkan Dik,” Nak Kahwin Tahun 2025, Budak Umur 15 Tahun Dah Tempah “Wedding Photographer” Takut Harga Mahal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesetengah orang tu ada yang terlalu excited sehinggakan belum capai umur yang sepatutnya untuk berkahwin dah mula untuk tempah pakej perkahwinan. Kalau masih belajar, teruskan sehingga tamat jangan cuba fikir benda yang belum tentu terjadi di masa hadapan.

Sama seperti apa yang terjadi kepada seorang jurufoto ini di mana dia menerima satu pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp, pelajar berusia 15 tahun ingin menempah pakej gambar perkahwinan untuk 2025.

Bunyi agak kelakar, lelaki ini kononnya memberi ‘amaran keras’ dengan menujukkan garfu yang berada di tangannya kepada individu tersebut.

Semoga dipermudahkan dik. 2025 done booking. Abang suka cara adik. Nah garfu. Awak tu yang nak kawin tahun depan dah buat persiapan? Ke single lg?

“Tiada maksud lain dengan garfu tu, hanya untuk nasihat dan melawak sahaja”

Menerusi gambar yang dimuatnaik di laman Facebooknya itu, bakal ‘pengantin’ tersebut mahu membuat tempahan awal untuk mengelakkan harga perhidmatan jurufoto yang akan dikenakan tidak tinggi di kemudian hari.

Adik-adik bawah umur ni yang dah ade niat nak berkahwin atau nak bercinta walau belum tamat zaman persekolahan. Biar mereka menempuh satu persatu alam dunia ini.

Apabila ditanya, rupa-rupanya ‘bakal pengantin’ baru berusia 15 tahun dan merancang untuk masjlis perkahwinan selepas tamat pengajian di universiti mungkin pada tahun 2025.

Bagaimanapun ramai yang menyangka lelaki bergarfu itu adalah budak tingkatan 3, tetapi salah, itu adalah jurufoto tersebut.

Sumber: Norhelmy Ahmad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)