Siakap Keli

“Saya Sudah Berkhidmat 50 Tahun,” Dr Hamid Arshat Luah Rasa Kecewa Kliniknya Diserbu KKM

Apabila disebut sahaja nama Dr Hamid Arshat, ramai yang mengetahui kepakaran dan kejayaannya dalam bidang kesuburan yang dianggap sebagai bukan calang-calang.

Namun, sebentar tadi, menerusi satu perkongsian yang dimuat naik melalui facebook rasmi beliau, Dr Hamid Arshat telah meluahkan rasa ketidakpuasan hati mengenai kejadian yang menimpanya pada Rabu (2/10/2019).

Dalam perkongsian tersebut, beliau mendakwa pejabatnya di Plaza Damansara telah diserbu oleh sekumpulan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tanpa notis dan sebab yang jelas.

SUNGGUH MENYEDIHKAN PEJABAT SAYA DISERBU.

Hari rabu 2hb October, sekumpulan kaki tangan KKM datang menyerbu dan selongkar pejabat Saya di 75m , Plaza Damansara.

Tanpa notis dan tanpa jelas apa tujuan, mereka datang dengan mengejut seolah-olah saya seorang penjenayah. Padahal saya telah berkhidmat sebagai doktor hampir 50 tahun dan sebagai pakar bidan selama 43 tahun.

Pada tahun 70an dan 80an saya dan rakan-rakan doktor telah bersama-sama berkhidmat secara bertungkus lumus untuk memberi rawatan dan jagaan kepada pesakit-pesakit tanpa mengira masa dan gaji. Pernah kerja selama 72 jam berturut-turut. Dengan gaji RM 600 sebulan.

Saya rasa amat terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan-kakitangan muda yang semacam gila kuasa. Ketika sebuan pejabat, saya berada diklinik di Taman Desa Medical Centre melayan berpuluh-puluh pesakit.

Apa salahnya kalau pihak berkuasa hubungi saya dulu dan nyatakan apa kesalahan yang saya buat sebelum menyerbu dan selongkar pejabat saya di Plaza75m Bukit Damansara.

Akhir mereka pergi dengan keadaan pejabat kucar kacir dan tidak medapati apa2 bukti kesalahan saya. Sungguh menyedihkan dengan tindakan kasar keatas pejabat dan staff saya.

Kakitangan yang bertindak belum lahir ke dunia lagi , saya telah berkhidmat dengan KKM.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra