Siakap Keli
Gambar: Berita Mediacorp

Ahli Parlimen Gemparkan Indonesia Ketika Majlis Angkat Sumpah

Majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Indonesia pada Selasa lepas dikejutkan dengan kehadiran Achmad Fadil Muzakki Syah yang agak mengejutkan masyarakat Indonesia.

Kehadiran Ahli Parlimen itu bersama tiga orang isterinya telah menarik perhatian seluruh masyarakat Indonesia pada hari bersejarah itu sehingga menjadi bualan hangat di media sosial.

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Gus Fadil menyatakan bahawa kehidupan mereka berada dalam keadaan harmoni dan pernikahan bagi ketiga-tiga isterinya dijalankan mengikut hukum dan syarak agama.

Saya tidak bernikah secara diam-diam. Saya bernikah secara rasmi mengikut tuntutan agama dan hukum negara bagi ketiga-tiga isteri saya.

Gus Fadil juga mendedahkan bahawa ketiga-tiga isterinya tinggal di dalam rumah yang sama dan boleh hidup dengan harmoni. Tambahnya, dia juga mahu membuktikan dan menjadi contoh  kepada amalan berpoligami boleh dilakukan secara harmoni dan bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Gus Fadil menyatakan bahawa kehidupannya sebagai Ahli Parlimen dan ketua keluarga kepada tiga orang isteri bukanlah sesuatu yang membebankan. Setakat ini, Gus Fadil telah dikurniakan dengan enam orang cahaya mata dan sedang menantikan kelahiran seorang lagi cahaya mata dari isteri yang ketiga.

Sumber: Berita.mediacorp.sg

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra