Siakap Keli

MAXIS Mohon Maaf, Sahkan Sedang Alami Masalah Rangkaian 4G

Tular di media sosial, rungutan pengguna mengenai rangkaian telekomunikasi Maxis Berhad (Maxis) yang dikatakan sedang mengalami masalah gangguan sejak semalam.

Susulan itu, Maxis telah mengesahkan bahawa pihaknya kini sedang berdepan masalah pada rangkaian Hotlink menyebabkan ramai pengguna mengalami gangguan perkhidmatan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Maxis, pihaknya memohon maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang dihadapi. Pihaknya akan memperbaiki masalah ini dalam tempoh segera.

”Hai, kami meminta maaf atas sebarang masalah yang dihadapi. Kami kini sedang berdepan masalah rangkaian pada Hotlink prepaid,” katanya.

Difahamkan, tanda pagar #Maxis menjadi ‘trending’ di Twitter hari ini kerana rata-rata pelanggan meluahkan rasa kesal mengenai perkara tersebut.

Malah, pengguna juga mendakwa mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai gangguan perkhidmatan sehingga menimbulkan kesukaran dalam pelbagai urusan.

Sumber : Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.