Siakap Keli
Gambar: Instagram

Pemuda Malaysia Bertuah, Will Smith Ajak Sofyank96 Ke Budapest Buat Video Viral Promosi Filem Gemini Man

Baru-baru ini, tular seorang anak muda yang bernama Mohamad Sofian atau dikenali juga dengan nama sofyank96 yang telah mengharumkan nama negara apabila satu video perkongsian yang dibuat di Instagram miliknya telah mencuri perhatian seorang selebriti media sosial antarabangsa bernama Zach King sehingga dijemput untuk berkolaborasi dalam salah satu daripada videonya.

Video yang dibuat bersama idolanya itu telah mendapat ribuan tontonan serta reaksi yang positif dari netizen di media sosial. Zach King yang mempunyai pengikut seramai lebih dari 20 juta di akaun Instagramnya itu secara tidak langsung telah berjaya mempromosikan diri Sofian sekali gus mencuri perhatian pengikut akaunnya itu yang rata-ratanya berasal daripada luar negara untuk dikenali di peringkat antarabangsa.

https://www.instagram.com/p/B0xdqlzhVVZ/

Hasil daripada itu, bintang Hollywood terkenal yang bernama Will Smith telah tertarik dengan hasil karya Sofian sehingga kan pada baru-baru ini beliau telah menjemput Sofian untuk menghasilkan satu video di Budapest, Hungary bagi mempromosikan filem terbarunya iaitu Gemini Man.

https://www.instagram.com/p/B252ZqQlH0J/

Video yang telah mencatatkan tontonan sebanyak lebih daripada 2 juta itu telah dimuat naik oleh Sofian sendiri di akaun Instagram miliknya. Bukan itu sahaja, video tersebut juga turut dikongsikan oleh Will Smith sendiri di akaun Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B3PsYDjBj21/

Pelbagai reaksi positif yang dapat dilihat melalui ruangan komen dalam media sosial tersebut khususnya daripada orang Malaysia.

 

Sumber: Instagram Will Smith

Aqmal Ezany

I write what is right