Siakap Keli
Kredit: Google

“Allahurabbi, Selalu Dengar Kisah Orang Lain”, Ibu Patah Hati, Dakwa Anak Jadi Mangsa Cabul Di Asrama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gangguan seksual boleh memberi kesan yang mendalam kepada seseorang individu baik dari segi fizikal mahupun mental. Mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual mungkin menghadapi trauma yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Seorang penceramah pendidikan seksual, Akhi Fairuz Al-Jengkawi baru-baru ini berkongsi kes pencabulan melibatkan seorang pelajar lelaki yang tinggal di sebuah sekolah asrama. Beliau telah , seorang pelajar lelaki mengadu kepada ibunya bahawa dia telah diganggu secara seksual oleh rakan sebaya ketika lewat malam.

Mari kita baca perkongsian beliau sebagai langkah berjaga-jaga.

Mujurlah anak puan ini terus contact ibunya. Kalau diugut agar didiamkan? Kalau anak jadi mangsa grooming sex sampai dia rasa benda tu tak salah?

Tolong ibu ayah yang ada anak di sekolah berasrama, seringlah bertanya anak awak pasal isu ni.

Ada tak buli berlaku. Ada tak rakan-rakan yang menyentuh bahagian sulit. Ada tak kawan-kawan yang lakukan sentuhan tak selamat. Jika ada, kalian perlu berbuat sesuatu.

Saya harap jika kes macam ni berlaku, mohon pihak sekolah jangan lari dari masalah dengan membuang semua pelajar yang buat hal. Ia tak akan membantu budak-budak itu.

Kredit: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Semua mereka perlu diselamatkan. Baik mangsa, baik pemangsa. Boleh jadi budak ini jadi begitu setelah menjadi mangsa senior dahulu. Kena siasat dahulu.

Ia dah jadi kitaran tanpa penghujung di sekolah asrama. Baik sekolah berasrama biasa-biasa, sampailah sekolah yang ada nama.

Jika ibu bapa nak report polis, silakan. Sebab boleh dapatkan rawatan susulan pada anak di hospital. Prosedurnya begitu. Anak yang dicabul dalam keadaan trauma sebenarnya.

Saya khuatir anak ini akan rebel, rasa benci dengan semua orang dan berakhir dengan depresi. Benda ni bukan main-main.

Anak-anak yang buli kawan secara seksual pula juga perlu dibantu. Biar polis siasat mereka sampai kecut perut.

Kemudian, kalau mahu tarik balik laporan pun tak apa. Sebab saya faham ibu mangsa pun fikir 2 3 kali juga pasal masa depan budak-budak ini. Baru 14 tahun kot. Biar dia tahu apa yang dia buat tu jenayah.

Mak bapak budak-budak ini perlu dimaklumkan. Jangan anggap anak masuk sekolah bagus-bagus semua baik. Tak ada maknanya.

Fikirkanlah.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.