Siakap Keli

“Bukan Bahasa Ibunda Saya”, Tweet Permaisuri Mengaku Tak Malu Kalau Bahasa Inggeris Tak Betul Raih Perhatian Netizen

Isu penggunaan bahasa sering diperkatakan sejak kebelakangan ini dari isu beberapa kali menteri memberi kenyataan rasmi dalam bahasa selain bahasa kebangsaan hinggalah selebriti yang didakwa merendahkan penguasaan bahasa Inggeris orang lain.

Walaupun tidak tahu ia ditujukan kepada sesiapa atau sekadar perkongsian peribadi tanpa kena mengena dengan sebarang pihak, ini pula pendapat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai penggunaan bahasa baginda.

“Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau bahasa Inggeris saya tidak betul, saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya. Saya anak Melayu!” kongsi baginda tuanku melalui laman Twitter miliknya.

Lantaran itu, ramai netizen yang bersetuju dengan kenyataan baginda.

Ada juga yang menegur tatabahasa baginda tuanku, namun dibalas dengan baik oleh baginda.

Tidak ketinggalan, ada pengguna Twitter turut memetik nama seorang selebriti tempatan yang terpalit kontroversi baru-baru ini yang didakwa merendahkan keupayaan seorang pelajar untuk berbahasa Inggeris.

Sumber: Tunku Azizah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.