Siakap Keli
Gambar Hiasan: Bernama

Lelongan Awam Kenderaan Sita Di JPJ Negeri Sembilan

SEREMBAN, 9 Oktober (Bernama) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan mengadakan Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2/2019 di kawasan parkir awam jabatan itu di Jalan Seremban-Tampin di sini pada 16 Okt ini.

Menurut kenyataan JPJ Negeri Sembilan, sebanyak 82 kenderaan akan dilelong pada hari tersebut.

“Sehubungan itu, dokumen penjualan lelong boleh dibeli pada 24 September hingga 11 Oktober ini secara tunai dengan harga RM100 senaskhah di kaunter 39, Blok Omega, JPJ Negeri Sembilan di sini. Dokumen penjualan lelong yang dibeli tidak boleh dikembalikan.

“Pembida yang mempunyai dokumen penjualan lelong sahaja dibenarkan melihat kenderaan yang akan dilelong di stor simpanan kenderaan JPJ Negeri Sembilan pada 7 hingga 11 Okober ini,” menurut kenyataan di laman sosial facebook JPJ Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan itu lagi, pembida dinasihatkan untuk melihat sendiri kenderaan yang akan dilelong sebelum melibatkan diri dalam pelelongan.

Pembida juga dikehendaki mematuhi arahan jualan lelongan awam sepanjang sesi lelongan diadakan seperti yang terdapat dalam buku lelongan awam.

Di samping itu, JPJ Negeri Sembilan turut melelong kenderaan lusuh pada hari tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sijil lesen barang lusuh digalakkan menyertai lelongan awam ini.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)