Siakap Keli

Nak Elak Punya Pasal, Penunggang Motorsikal Terpelanting Langgar Lopak Air

Risiko pemanduan ketika musim hujan agak membimbangkan terutama bagi penunggang motosikal kerana terdedah dengan jalan licin serta keadaan jalan yang tidak rata.

Mungkin sukar bagi mereka untuk peka dan berhati-hati ketika menunggang motorsikal. Tayar motor mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah.

Video melalui perkongsian Info Roadblock JPJ/Polis menarik perhatian rata-rata netizen apabila seorang penunggang motorsikal terjatuh dan tergolek ketika meredah lopak air.

Berhati-hati kepada penunggang motorsikal apabila redah lopak air. Kita tak tahu dalam mana lopak tu. Nasib baik rider ni tak cedera.

Kejadian di Bukit Minyak menghala ke tol Simpang Ampat.

Hal ini membuatkan segelintir netizen menyalahkan kereta jenis perodua Viva dan individu yang merakam kerana didakwa tidak membantu malah terus berlalu pergi.

Dalam masa yang sama ada yang juga memuji kecekapan dan kepantasan penunggang motorsikal yang bangun dan berdiri sebaik tergolek.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Nur Farra