Siakap Keli
Kredit: AutoCar/Complete Car

”Jahanam Gearbox”, Pemilik Kereta AWD, Jangan ‘Towing’ Macam Ni Kalau Tak Nak Kereta Rosak

Apabila berada dalam situasi yang tidak dijangka, pengetahuan asas penjagaan kenderaan amat penting kerana ia mungkin berbeza mengikut jenis kereta.

Kepada pemilik kereta All Wheel Drive (AWD), kereta orang lain mungkin boleh ditunda seperti cara di bawah, tapi bukan kereta anda.

Kredit: Amir Zarith

Nak tahu kenapa? Jom baca perkongsian saudara Amir Zarith di bawah.

Tolong sampaikan kepada semua pemilik kereta AWD atau All Wheel Drive di mana kereta AWD tidak boleh ditunda seperti ini. Keempat-empat tayar mesti tergantung, yakni menggunakan flatbed tow truck.

Gearbox jalan keempat-kempat tayar dipaksa jalan dua tayar. Towing macam ni alamatnya jahanamlah gearbox, terus kong.

Kereta ada ‘differential lock’ yakni 4WD atau pacuan 4 roda je boleh towing separuh-separuh. Makna kata dia ada dua mode, boleh jalan 2WD dengan 4WD.

Senang cerita 4×4 la, Hilux, Pajero, Triton, Navara etc. Kalau AWD seperti Subaru XV, Lancer Evo, Nissan GTR, Golf R ini kena flatbed tow.

Sumber: Amir Zarith

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.