Siakap Keli
Gambar: Google

(Video)Ibarat Joker Dunia Sebenar, Individu Kongsi ‘Azab’ Hidap Penyakit Tak Boleh Kawal Gelak Macam Joker

Filem Joker yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara ini telah menjadi bualan hangat kebanyakan rakyat Malaysia yang telah menontonnya. Filem yang telah berjaya mencatatkan jumlah kutipan sebanyak (AS$234 juta) RM 979 juta secara global ini telah menjadi ‘Box Office’ dalam masa hanya seminggu sahaja ditayangkan.

Filem Joker ini secara asasnya menceritakan mengenai seorang karakter antagonis yang terdapat dalam komik DC iaitu Joker.

Seperti yang diceritakan di dalam filem tersebut, watak Joker yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix ini adalah seorang yang psiko, tidak waras, dan agak kejam ditambah dengan cara gelaknya yang seakan puas apabila melakukan sesuatu benda yang salah.

via GIPHY

Kisah kehidupan Joker telah dijadikan sebagai fokus utama di dalam filem ini. Bagaimana dia boleh bertukar daripada seorang yang suka berseorangan dan selalu dianiaya sehinggalah menjadi seorang yang psiko dan suka melakukan perbuatan yang salah.

Untuk memegang watak Joker ini, cara gelak dan intonasi gelakan itu sangat-sangat memainkan peranan yang penting khususnya pada peminat-peminat komik DC.

Walaupun filem ini mempunyai pelbagai adegan yang kejam dan tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, filem ini sebenarnya bertujuan mahu menyedarkan masyarakat tentang penderitaan yang dilalui oleh seorang pesakit mental.

via GIPHY

Selain daripada itu, filem ini juga turut memaparkan realiti kes buli, penderaan mental dan fizikal yang sering terjadi dalam kehidupan kita pada hari ini.

Seperti yang diceritakan di dalam filem ini, sebenarnya Joker ini menghidapi sejenis penyakit yang bernama ‘Pseudobulbar affect’ atau PBA iaitu sejenis sindrom dimana penghidapnya tidak boleh mengawal diri daripada tertawa. Dan sebab itulah juga kenapa cara gelak Joker ini perlu ditekankan.

https://www.youtube.com/watch?v=Uk7MdKMfypM

Ada penghidapnya yang tidak boleh mengawal diri daripada tertawa sungguhpun pada ketika itu tiada benda pun yang kelakar. Manakala ada juga penghidapnya yang tidak boleh mengawal diri daripada menangis sungguhpun pada ketika itu dia tidak berasa sedih.

PBA ini kebiasaannya berlaku kepada orang yang mempunyai neurological conditions atau kecederaan, di mana ianya akan mempengaruhi cara otak mengawal emosi. Sindrom ini juga boleh merosakkan kehidupan seharian seseorang itu.

Simptom utama pseudobulbar affect (PBA) ini ialah terlalu kerap, tidak rela dan tidak terkawal dalam menangis atau tertawa secara berlebihan yang tidak langsung berkait dengan emosi anda pada ketika itu.

https://www.youtube.com/watch?v=HtTGz65uvNw&fbclid=IwAR2rZa6j7cxf8sQzbU85n9ARBy_Xu2ay76lEy_zEPiuG6LzY_AW1tF1ck0A

Gelak akan bertukar menjadi tangisan. Walau bagaimanapun, kebanyakan penghidap PBA ini lebih banyak yang tidak boleh kawal emosi untuk menangis daripada tertawa.

Disebabkan pseudobulbar affect ini kebanyakannya membabitkan perbuatan menangis, keadaan ini selalunya disalah tafsir kerana sering dikaitkan dengan depresi atau kemurungan.

PBA ini lazimnya terjadi dalam masa yang singkat, manakala depresi ini terjadi dalam jangka masa yang lama. Tambahan lagi, orang yang menghidapi PBA ini juga selalunya tidak mempunyai ciri-ciri yang sama seperti orang depresi, iaitu gangguan semasa tidur atau tiada selera makan.

Namun begitu, depresi adalah perkara yang sangat tidak asing lagi bagi penghidap pseudobulbar affect ini kerana penghidap sindrom PBA ini pasti akan berasa tertekan dan secara tidak langsung akan menjerumus kepada kemurungan.

Sindrom pseudobolbar affect (PBA) ini kebiasaannya terjadi kepada orang-orang yang mempunyai masalah neurological conditions atau kecederaan seperti angin ahmar, Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), Multiple sclerosis (MS), Traumatic brain injury, Alzheimer dan Parkinson.

https://www.youtube.com/watch?v=cshBHMgVNrE&feature=share&fbclid=IwAR2QTBtrO7InMmLpsqLrblmEivtopqo1iMGlqUQKSjU4wLfHaTnQmr2xNFY

Sumber: Mayo Clinic/NZ Herald

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.