Siakap Keli

Dakwa Dihubungi Sehari Sebelum Terbunuh, ‘Videographer’ Kongsi Perbualan Terakhir Mangsa Dikerat

Sejak semalam, media sosial dihebahkan dengan satu kejadian pembunuhan yang melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun. Kejadian pembunuhan kejam ini dipercayai melibatkan seorang individu yang mempunyai kaitan dengan mangsa.

Ekoran kejadian itu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai videographer untuk perkahwinan mangsa sebelum ini ada menghubungi Siakap Keli berhubung kes ini. Menurut lelaki berkenaan, mangsa berhajat untuk menggunakan khidmatnya sebagai videographer bagi majlis perkahwinan kakaknya.

Salam Admin..untuk pengetahuan arwah ada hubungi saya untuk kali terakhir pada sabtu malam 5hb dan nak saya sekali lagi menjadi videographer untuk majlis perkahwinan kakak beliau..arwah terlalu gembira berbual malah bertanya khabar anak2 dan isteri saya..dan sy bertanya khabar suami beliau..

Dan pada 6hb pada hari jadi arwah..saya terniat nak call arwah untuk maklumkan ttg pakej videographer pada arwah..tapi panggilan tak dihubungi..malah hingga saat malam tadi saya dimaklumkan melalui kakak angkat saya..ttg kejadian ni..n then saya hubungi kawan2 terdekat arwah serta sepupu arwah utk kepastian..dan semua tidak tahu ttg kejadian menimpa arwah..malah rakan arwah yang juga client saya di Singapore pun tidak tahu ttg kejadian ni.. Allahuakhbar atas bantuan ayah saya seorang anggota saya akhirnya dapat jawapan arwah dah tiada dan sah terbunuh akibat pertengkaran..malah Arwah juga memuat naik status akhir jam 08.08 malam serta mengucapkan doa pada rakan2.. itulah status akhir arwah..

Siakap keli..gambar saya itulah gambar saya ambil utk arwah masa majlis perkahwinan beliau tahun lepas.

Dan saya akan teruskan hajat Arwah untuk majlis perkahwinan kakak beliau andai diteruskan sebagai videographer majlis kakak beliau..
Terima kasih siakap keli..dan sekali lagi..gambar yang siakap keli guna..adalah gambar akhir saya untuk arwah..serta ada satu lagi bersama rakan2 rapat beliau..semasa di Singapura.

Nanti saya kongsikan pada admin Siakap keli.

Cuma saya x sangka..semua ni berlaku sekelip mata..sebab tulah panggilan akhir arwah pada saya..dan nak saya “Berbakti pada keluarga arwah untuk menjadi videographer majlis kahwin kakak arwah..dan arwah sendiri akan bayar segala kos pada saya tanpa pengetahuan kakak beliau”

Menerusi perkongsian itu, lelaki itu juga menyatakan bahawa dia akan meneruskan hajat Arwah untuk majlis perkahwinan kakak beliau sekiranya masih dipilih. Tidak terlepas, lelaki berkenaan juga ada meminta agar netizen untuk membantu menutup akaun Facebook arwah dan suaminya.

Admin..minta tolong untuk netizen closwd akaun arwah..dan suaminya.

Sumber: Inbox Siakap Keli

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra