Siakap Keli
Gambar: Instagram

Dunia Akhirat Seimbang, Netizen Tumpang Gembira Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa Selamat Bergraduasi

Pernah dinobatkan sebagai johan tilawah antarabangsa, Qariah Malaysia, Nor Farhatul Fairuzah Panut, 19 sering mendapat pujian atas kemerduan suaranya melantunkan ayat suci al-Quran.

Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) itu kini telahpun bergraduasi bersama rakan-rakannya yang lain pada minggu lepas berdasarkan perkongsiannya di laman Instagram.

Berikutan itu, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Tokoh Belia Harapan Negeri Sembilan tersebut atas kejayaan beliau menamatkan pembelajarannya.

Dalam dunia tilawah, Farhatul merupakan sosok yang menjadi idola qari qariah muda atas kejayaannya mengharumkan nama negara dalam kejohanan tilawah antarabangsa.

Beliau mula mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila menjadi johan kategori tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61 selepas dinobatkan sebagai johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dalam acara yang sama.

Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah, Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.