Siakap Keli

(Video) Kebakaran Berlaku Di Kedutaan Indonesia Di Bangkok

Kebakaran berlaku dalam sebuah bangunan dua tingkat di Kedutaan Indonesia di Jalan Phetchaburi di Bangkok, Thailand hari ini, menyebabkan empat orang cedera.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangkok berkata kebakaran dipercayai berlaku kira-kira 12.40 tengah hari (waktu tempatan) di tingkat dua bangunan kediaman tersebut.

“Kebakaran itu menyebabkan tingkat dua bangunan itu mengalami kerosakan teruk.


“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas elektrik,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Empat orang mengalami kecederaan ringan akibat terhidu asap dan mereka dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” kata kenyataan tersebut.

— BERNAMA

Nur Farra