Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Ngeri Hotel Kasino Dalam Pembinaan Runtuh, Ada Mangsa Maut Terperangkap Dalam Runtuhan

Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut dalam kejadian Hotel Hard Rock Cafe runtuh di New Orleans, Amerika Syarikat semalam.

Beberapa video yang sempat merakam detik-detik bangunan berkenaan runtuh turut tular di media sosial.

Menurut jurucakap bomba tempatan, pihaknya mengesahkan sekurang-kurangnya seorang maut dan tiga lagi masih hilang dengan salah seorang dipercayai terperangkap dalam bangunan berkenaan.

The Independent

Pihak berkuasa juga turut menyebut bahawa 18 orang dikejarkan hospital berikutan mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut. Kesemua mangsa bagaimanapun disahkan berada dalam keadaan stabil.

Hasil siasatan yang dijalankan pihak bomba mendapati bahagian tingkat 6 hingga tingkat 8 bangunan itu runtuh dalam tempoh masa yang singkat.

The Independent

Portal antarabangsa The Independent tuurt menyebut bahawa struktur bangunan berkenaan disahkan tidak babil dan ditutup serta-merta.

Salah seorang pekerja pembinaan yang terselamat memberitahu media bahawa seramai 45 orang pekerja berada di dalam bangunan itu ketika kejadian, bagaimanapun jumlah berkenaan tidak dapat disahkan.

Sumber: The Independent

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.