Siakap Keli

”Aku Kenal Dia, Dia Takkan Minta Cerai Tanpa Sebab Munasabah” – Rakan Baik Mangsa

Pelbagai spekulasi timbul susulan pembunuhan kejam seorang wanita berusia 27 tahun dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun. Bukan sahaja kedua-dua mangsa dikerat lapan malah anggota badan juga turut dibuang ke dalam semak.

Tampil memberikan kenyataan, rakan baik mangsa yang dikenali sebagai Saleha Alyea menjelaskan bahawa mangsa yang telah dikenalinya dalam tempoh yang lama merupakan seorang yang baik.

Malah, dia turut membidas kenyataan suspek yang telah ditahan bahawa pembunuhan mangsa itu berlaku kerana didorong oleh sikap wanita itu sendiri dan berkaitan dengan hal keluarga.

Ye aku kawan baik pada mangsa dibunuh kejam yang korang nak tahu sangat tu..

Dia sebaik-baik perempuan

Aku kenal kawan aku.. Kalau betul dia membentak pon.. Dia memukul pon.. Kuat mana perempuan tu.. dia mintak cerai..? Hal family..?? Aku langsung tak percaya!! Dia sebaik-baik perempuan.. Bukan aku nak backup kawan baik aku.. Tapi aku kenal dia.. sangat.. sangat..

Aku bukan kenal dia sehari dua.. bertahun-tahun.. aku sentiasa orang pertama yang dia cari kalau ada apa-apa masalah.. Aku kenal dia.. Dia takkan mintak cerai macam tu je.. kalau takda sebab munasabah..

Bertahun-tahun dia bersabar dengan dugaan yang aku sendiri yang melihat pun rasa berat apatah lagi si mangsa.. Dan baru je kali ni bahagia datang.. Kau rasa dia nak cakap cerai cuma sebab family?? Kenapa baru sekarang.. Bukan awal-awal kahwin dulu??

Manusia ke engkau sampai nak bunuh mangsa?

Tapi layak ke kau tu manusia sampai nak bunuh mangsa?? Manusia ke engkau??? Even kau tengah marah??? Layak ke kau nak menggantikan malaikat maut?? Korang add aku.. Suami aku, family and kawan-kawan si mangsa..

Korang tak fikir ke kitaorang pun masih terkejut dengan keadaan ni.. Bukan ke patutnya korang doakan yang baik-baik untuk mangsa.. Sedekahkan Al-fatihah ke yassin ke.. Doakn si pembunuh mendapat balasan setimpal dengan apa yang dia lakukan..

Tolong doakan arwah

Tolong la.. Aku mohon stop buat andaian.. Sedih aku baca komen-komen orang yang terlalu pandai membuat kesimpulan sendiri.. Baik kau doakan kes mangsa selesai secepat yang boleh.. doakan jasad mangsa ditemui lengkap.. Supaya mangsa bole cepat dikebumikan lagi baik.. Dan biarkan polis buat kerja..

Tolong.. Buat kali ni..last sekali aku minta budi bicara semua orang sedekahkan Al-fatihah pada arwah..even dia pergi dengan keadaan yang takda siapa nak.. Mungkin di sebaliknya Allah dah tempat syurga firdaus untuk dia, satu Malaysia tahu dia dibunuh, satu Singapore tahu dia dibunuh.

Bayangkan penduduk Malaysia dan Singapore ada berapa puluh juta, aku.. kawan-kawan dan family mangsa tak dapat nak sedekahkan Al-fatihah sebanyak tu.. Tapi kalau korang sama-sama mendoakan mangsa.. Alhamdulillah.. Aku berterima kasih sangat sangat sangat pada korang..

Kau janji akan jaga kawan aku baik-baik

Maybe kematian arwah terburuk dalam sejarah tapi mana tau Allah dah sediakan karpet merah untuk dia berjalan ke syurga.. Siapa tahu.. Semoga ROH FAZIRAH BINTI BIDIN dan dak abang tenang dan aman disana..

Aku tak sangka macam ni kau janji kau akan jaga kawan aku sorang ni baik-baik ye.. Allah maha adil.. Aku harap kau akan dapat balasan setimpal dengan apa yang kau buat!! Demi Allah aku terkilan..

Sumber : Saleha Alyea

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra