Siakap Keli

“Tak Layak Digelar Graduan,” Kempen Petisyen ‘Online’ Desak UM Tarik Sijil Pelajar Protes

Rakaman salah seorang graduan yang melancarkan protes ketika Majlis Istiadat Konvokesyen di Universiti Malaya semalam telah menimbulkan pelbagai kontroversi. Graduan tersebut yang menayangkan plakad yang tertera frasa ‘Tolak Rasis” dan “Undur VC” dianggap sebagai tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol dan kelancarannya.

Susulan itu, pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan media yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas tidak menghormati majlis penuh protokol tersebut. Malah, pihak universiti juga telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan dengan menyerahkan tindakan dan siasatan kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya tampil melancarkan satu petisyen khas menuntut pihak Universiti Malaya menarik balik sijil ijazah sarjana muda milik graduan berkenaan.

Menerusi tinjauan, petisyen yang dilancarkan sejak 18 jam lalu di laman web change.org itu telah mendapat 61, 287 tandatangan setakat jam 4.50 petang ini (Selasa, 15/10/2019).

Rata-rata individu yang menandatangani petisyen berkenaan telah menyuarakan ‘reasons for signing’ mereka di laman web tersebut.

Ramai yang bersetuju dengan tindakan untuk menarik semula ijazah graduan berkenaan sebagai satu bentuk pengajaran kepada mahasiswa lain.

”Perlu menghormati guru”

”Supaya menjadi pengajaran kepada yang lain”

”Sangat biadap dan tidak sepatutnya mendapat sijil”

Memalukan institusi pengajian tinggi

Sumber : change.org

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra