Siakap Keli

(Video) “Damn..Menarik Gila,” Netizen Terhibur Graduan Seni Kebudayaan Siap Menari Sebelum Ambil ‘Scroll’

Musim konvokesyen sudah menjelama di media sosial memang banyak isu yang dilontarkan serta liputan yang dibuat mengenai majlis graduasi dilaksanakan. Untuk pengetahuan umum, majlis konvokesyen merupakan majlis rasmi sempena penganugerahan sijil kepada alumni unversiti.

Terbaharu, tular satu video yang dipercayai beberapa alumni mengambil skrol di atas pentas dengan melangkah memulakan tarian mendapat perhatian netizen. Video yang dikongsikan oleh Izhar Fahmi di Twitternya.

Difahamkan melalui video tersebut, beberapa orang pelajar tersebut daripada fakulti Kesenian dan Kebudayaan. Mereka memulakan tarian sebelum menerima sijil daripada orang tertinggi universiti.

Ramai di antara netizen menunjukkan reaksi keterujaan apabila menonton video tersebut.

“rasa macam nak tukar kos”

“Aku sanggup duduk lama dalam dewan tu”

Menurut salah seorang komentar di video tersebut, ini merupakan satu tradisi untuk jurusan tersebut.

 

Sumber: Izhar Fahmi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang