Siakap Keli

Dikecam Buat ‘Content Dewasa’, YouTuber Padam Video, Mohon Maaf Kepada Netizen

Laman Youtube sememangnya dipenuhi dengan pelbagai video-video menarik yang boleh ditonton oleh semua orang dengan percuma. Berikutan itu, ramai individu yang mengambil kesempatan untuk menjana pendapatan melalui laman tersebut. Disebabkan itu, lahirlah sebilangan Youtubers terkenal yang mengetengahkan idea masing-masing melalui laman berkenaan.

Baru-baru ini, tular sebuah video daripada seorang Youtubers terkenal yang memaparkan adegan kurang sesuai untuk tontotan umum. Malah, video berkenaan dipercayai mempunyai unsur ‘dewasa’ serta mengaitkan kisah cerpen lama yang pernah terkenal satu masa dahulu.

Disebabkan perkara itu, rata-rata netizen bertindak mengecam Youtuber berkenaan.

“Tak pasal-pasal pulak budak generasi sekarang akan cari tentang cerita ni”

“Bukan nak kata dia tak bagus buat video, tapi kebanyakan video dia banyak menampilkan perempuan seksi, mungkin marketing kot”

“Aku rasa dah boleh berhenti tengok video-video sampah”

“Video yang dia buat menjatuhkan martabat guru wanita, menjatuhkan maruah wanita dan paling penting dia ingat isteri-isteri kat Malaysia ni semua kaki curang”

Ekoran menerima kecaman hebat daripada netizen berhubung video berkenaan, Youtuber tersebut telah bertindak memadam video tersebut di laman Youtube miliknya. Carian bagi video berkenaan sudah tidak dapat diperolehi dan tindakan tersebut dipercayai diambil untuk menenangkan ketegangan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, Youtuber berkenaan telah membuat permohonan maaf melalui ‘Live’ dan juga ‘posting’ yang dibuat dalam halaman Facebook.

Menerusi kenyataan permohonan maaf itu, dia telah mengakui akan kesilapan yang dilakukan dan telah tersedar daripada kecaman yang disuarakan oleh netizen. Dia juga turut menyatakan akan memperbaiki video yang seterusnya dah menitik berat aspek aurat dan penceritaan.

“InsyaAllah untuk video yang minta sekali lagi secara terbuka kepada semua. Harap dapat maafkan saya”

Dia juga berterima kasih kepada individu yang membuat teguran kepadanya dan berharap akan lebih berhati-hati pada masa yang akan datang.

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra