Siakap Keli

Adik Amni Hidap Sakit Paru-Paru Kronik, Ayah Ibu Terpaksa Kerah Tenaga Nak Tampung Kos Bekalan Susu Khas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Benarlah kata orang, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tiada yang dapat menafikan kasih sayang dan pengorbanan mereka demi anak-anak tercinta.

Perkara ini turut dibuktikan dengan hantaran yang dimuatnaik oleh Adi aqeed yang mengisahkan pengorbanan sepasang suami isteri yang ‘berjuang’ demi anak sulung mereka yang menghidap sakit paru-paru kronik sejak lahir.

Demi susu Amni

Walaupun terpaksa tinggalkan Amni seketika dirumah, ibunya mesti lakukan juga demi menambah pendapatan untuk menampung kos susu khas anaknya Nur Amni Fatini yang kini berusia 3 tahun itu.

Selain mengharap pendapatan suami, ibunya turut mengambil upah menghantar makanan kepada pelanggan menggunakan motosikal.

“Saya perlu kerja kuat supaya bekalan susu khas anak saya tak terputus” – Norhayati Abdullah.

Kos ulang alik dan lampin dapat ditampung melalui bantuan bulanan JKM sebanyak RM350.

Bapa Amni juga cuba melakukan pelbagai kerja kampung selain membela biri biri bagi menampung sara hidup dan kos susu anaknya yang mencecah RM500 sebulan.

Amni hanya bergantung pada susu khas ‘pediasure’ yang disalurkan ke perut melalui saluran khas.

Kali pertama saya bertemu adik Amni pada April tahun lepas, memang bergenang air mata menatapnya.

Mereka yang ingin menyantuni adik Amni atau membantunya boleh ke rumah keluarga ini di Kg Pauh Sembilan, Bachok atau hubungi ibubapanya melalui 0112 5560 46.

Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian melalui akaun bank BSN 03009- 41- 00001949- 1 di atas nama Norhayati Abdullah.

#Pray4Amni semoga diberi keajaiban dan kesembuhan dari penyakit paru paru kronik yang dihidapi adik Amni.

Sumber: Adi Aqeed 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)