Siakap Keli

“Jangan Ambil Shot Suapan Ketika Mulut Ternganga,” Jurugambar Kongsi 7 Tips Nak Fotografi Pengantin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila dah jadi Raja Sehari, mestilah korang inginkan gambar yang cantik-cantik untuk dijadikan memori yang paling terindah bila melihat semula koleksi gambar perkahwinan sebagai tatapan di hari tua.

Biasanya untuk majlis perkahwinan, kita sering meliahat gambar-gambar ‘cliche’ romatis menjadi utama dalam gambar. Tetapi untuk dapatkan gambar yang cantik tanpa ‘cacat’ korang kena ikut tips abang photographer  ini.

Jurufoto perkahwinan, Hafiz Aquafiz memberi tips di laman Twitternya yang boleh digunapakai semasa resepsi untuk santapan diraja dan suapan kek supaya nampak momen intim yang dirakam secara bersahaja.

Perkara yang jangan dilakukan.

1. Jangan ambil shot suapan ketika mulut nganga

2.  Elakkan ambil masa yang terlalu lama di meja santapan beradap

Kerana pengantin akan lapar. Kebiasaannya ada keluarga terdekat bersama pengantin di meja beradap, jadi jangan ambil masa mereka terlalu lama.

3. Tetamu elakkan bergambar bersama pengantin sedang makan

Perkara yang ‘boleh’ untuk para jurufoto adalah;

4. Pastikan body language pengantin selesa

Pengantin diharuskan untuk menghadap pasangan dan ada eye contact sesama pasangan.

5. Foto candid semasa memotong kek

Bagi situasi memotong kek, tambahkan seri dengan foto candid sesi mencomotkan pengantin lelaki bisik lah sikit  “akak calit sikit hidung abang tuuuuuuu”.

6. Angle ‘curi’

Angle curi. Praktiskan candid shot dengan angle curi tanpa sedar. Terutamanya ketika sesi santapan diraja.

7. Terangkan posture tangan kpd pengantin

Misalnya ketika sesi suapan, tangan pasangan yang menerima suapan tidak memegang sudu atau apa-apa sambil memandang mata pasangan.

 

Sumber: Lensacinta, Hafizaquafiz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)