Siakap Keli
Kredit Foto: justonecookbook.com, tokomesin.com

Ramai Anggap Wanpaku Sandwich Menu “Clean Diet”, Nutritionist Ini Jelaskan Realiti Sebenar Yang Mengejutkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang mencari-cari tip untuk diet terutama golongan wanita. Bermacam-macam resepi yang dikongsi di laman sosial yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan. Namun, bagaimana pula jika hidangan yang berkhasiat telah diubah untuk menjadikan hidangan tersebut lebih lazat. Perkongsian Azimah Zainal mengenai kandungan kalori yang terdapat dalam sesebuah hidangan.

Ramai nampaknya telah mencuba sandwich yang sedang viral sekarang ni kan?…..

Popular juga di kalangan mereka yang nak diet dan menurunkan berat badan.

Sandwich Wanpaku. Gambar Hiasan Kredit Foto: justonecookbook.com

Wanpaku sandwich ni sebenarnya berasal dari Jepun dan memang antara makanan yang popular di Jepun.

Resipi asal wanpaku sandwich ni sebenarnya hanyalah 2 keping roti yang di apit bersama sayur-sayuran mentah pelbagai warna dan juga sebiji telur rebus dan sedikit seasoning. Memang tidak dinafikan ia nya memang hidangan yang sihat dan lengkap.

Tetapi, apabila dipelbagaikan dan diviralkan dengan pelbagai versi serta di tambah dengan pelbagai jenis protein dan bahan perasa tambahan, kena lihat balik adakah sandwich ni masih sihat.

Pelbagai version yang viral sekarang ni, ada yang letak 2 3 jenis protein, dah ada telur tambah pula kepingan ayam atau tuna. Belum lagi di tambah pula dengan hirisan keju serta sos & mayonis.. siap meleleh leleh lagi cheese & mayonis

Aduh…. Makin bertambahlah kalori hidangan makanan tersebut

Ingat, makin kecil saiz hidangan suatu makanan tersebut, makin rendahlah kalorinya.

Bagi yang sedang menjaga kalori dan menurunkan berat badan, berhati-hati dengan saiz hidangan serta penambahan bahan perasa dalam sesuatu hidangan makanan tersebut.

Sumber: Azimah Zainal

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.