Siakap Keli

RM1000 Dah Boleh Beli Rumah, Rugi Tak Beli Tahun Ini, Korang Takkan Dapat ‘Keistimewaan’ Ini Tahun Depan.

Kadang-kadang bila borak-borak dekat mamak dengan kawan-kawan mesti akan ada punya kawan korang yang selitkan pasal nak beli rumah.

Benda pertama sekali yang korang perlu tahu kalau korang nak beli rumah ialah korang kena tahu dulu pasal Memorandum of Transfer yang bakal korang kena bayar untuk beli rumah ni.

Pertama sekali korang kena tahu pasal duti setem bagi pemindahan pemilikan ini ialah ianya dikenali sebagai Memorandum of Transfer (MOT). MOT ni ialah duti setem yang korang kena bayar nanti.

Contohnya kalau harga rumah yang bernilai RM 700 ribu, korang perlu bayar sebanyak 1% untuk RM 100 ribu yang pertama, 2% bagi RM 400,000 yang seterusnya, dan 3% pula bagi yang selebihnya.

Tapi kalau korang bercadang nak beli rumah untuk tahun ni, korang  sangat beruntung sebenarnya, sebab MOT ini kerajaan tengah kecualikan pembayarannya sampai 31 Disember ni.

Lepas tu, korang semua kena tahu pasal jenis-jenis rumah moden yang banyak dibangunkan hari ini untuk korang buat perbandingan.

Okay, pertama sekali rumah yang korang kena tahu ialah rumah jenis Townhouse. Rumah ni sama je macam rumah teres biasa yang bertingkat. Cuma dalam satu unit rumah tu, ada 2 owner.

Seterusnya pula rumah jenis Cluster House. Rumah jenis ini dibina secara berkelompok. Dia nampak je macam rumah semi-D cuma bezanya dia bercantum dengan 4 buah rumah dari tepi dan belakang sekaligus.

Ha rumah jenis ni jarang sikit kita tahu. Namanya ialah Superlink. Rumah ni sama je macam rumah teres biasa bezanya dia lagi besar. Biasanya rumah teres yang biasa berkeluasan dalam 20’ x 65’, tapi bagi rumah Superlink ni, kebanyakannya berkeluasan 34’ x 80’. Besarkan?

Untuk korang yang tengah nak cari rumah Superlink ni, lagi-lagi yang taknak jauh sangat daripada ibu kota, korang boleh lah datang ke Setia Alamsari Sales Galeria, Kajang ni untuk tengok-tengok rumah idaman korang.

Kat sana korang boleh tengok sendiri design rumah 2-storey Superlink Home yang S P Setia tawarkan. Ada 2 jenis suasana rumah yang korang boleh pilih.

Kalau korang suka suasana yang moden-moden sikit, korang boleh lah pilih Malkoha.Kalau korang ni jenis yang suka suasana nature, korang boleh pilih Heron sebab Heron ni menghadap tasik.

Kalau yang Malkoha ni, tanah dia berkeluasan sekitar 24’ x 85’. Lepastu ada 4 bilik dan 4 bilik air. Keluasan rumah pula ialah 2141-2293 kaki persegi. Jumlah unit yang diorang bangunkan pulak hanya ada 47 sahaja.

Manakala yang Heron pulak tanah dia sama je luas dengan Malkoha iaitu 24’ x 85’. Tapi keluasan rumah dia besar sikit dari Malkoha iaitu 2,273-2,359 kaki persegi. Tapi untuk Heron ni, korang kena cepat-cepat sikit sebab jumlah unit yang ditawarkan hanya 18 unit je. Lagi bestnya pulak, semua Rumah-rumah ni berstatus freehold tau.

Akses untuk keluar Highway ke nak pergi bank ke atau mana-mana pun senang je. Yela, siapa je yang suka jalan jauh-jauh terperangkap dalam jammed lama-lama dalam kereta kan.

Korang mesti nak tahu kan harga dia berapa? Harga yang ditawarkan dengan segala kemudahan yang ada hanyalah berjumlah RM 692,000. Sebelum terlambat, baik korang booking dulu sebab rumah tu dijangka siap dibina pada penghujung tahun 2021 ni, takut time korang nak beli nanti, semua dah habis dijual pulak. Yuran booking dia cuma RM 1,000 je kalau korang berminat.

Kita ni sebagai rakyat Malaysia tak lari lah daripada nak diskaun atau barang percuma kan bila beli barang apa-apa. Korang jangan risau, untuk rumah ni diorang ada tawarkan rebat. Kalau korang nak tahu berapa peratus rebat diorang tawarkan, korang kena datang ke event Rainbow Crush Saga dekat Kajang 19 Oktober 2019 ni bermula daripada 11am sampai 7pm.

Sambil korang survey rumah tu, korang jugak boleh bawak adik atau anak-anak korang untuk Join aktiviti yang ada pada hari pelancaran jualan rumah tu. Banyak kot aktiviti yang dorang tawarkan.

Antaranya ialah, ada booth decorations yang dorang hias cantik-cantik khas untuk korang bergambar. Selain daripada itu jugak, aktiviti yang diorang ada kat sana antaranya ialah sand art, bull riding, cycle cart, tropical bowl, mini golf dan banyak lagi.

Fun Fair

Bull Riding

 

 

Cycle Cart

Dah puas join aktiviti ni korang mesti lapar kan. Haa, jangan risau kat situ akan ada Food Trucks yang akan jual makanan, so korang tak payah pening-pening lagi cari makanan jauh-jauh.

So, korang tunggu apa lagi? Sambil-sambil tengok rumah tu, korang boleh have fun sekali tau!

Kalau korang nak datang, korang boleh search Setia Alamsari Sales Galleria dekat alamat, No. 1, Persiaran Alam Sari 3, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Dan kalau korang nak tanya apa-apa, korang boleh juga hubungi 03-87362255 atau kunjungi laman web Setia Alamsari di www.setiaalamsari.com, atau cari Facebook mereka di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Aqmal Ezany

I write what is right