Siakap Keli

Terkini: 29 Jemaah Maut, Masjid Di Bom Sebelum Dirikan Solat Jumaat

Sebuah masjid diletupkan di timur Afghanistan semasa solat Jumaat dan membunuh sekurang-kurangnya 29 orang yang berada di sana untuk menunaikan ibadah.

Menurut Ahli Majlis Waliyah Nangarhar, Sohrab Qaderi, dilaporkan sebanyak 29 orang terbunuh dan lebih daripada 100 mangsa tercedera dalam insiden berkenaan.

“Jumlah mangsa mungkin meningkat apabila pasukan penyelamat dan orang ramai berusaha mengeluarkan mayat dari runtuhan masjid ” tambah Qaderi.

Jurucakap Gabenor Wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani, bumbung masjid itu  telah runtuh akibat letupan tersebut. Walaubagaimanapun, tiada individu mahupun kumpulan yang didakwa bertanggungjawab dalam kejadian ini.

Sumber: Reuters

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)