Siakap Keli
Gambar kucing sekadar hiasan

Alahai Sayang Punya Pasal, Lepas Selamatkan Kucing, Bomba Pula Terpaksa Selamatkan Kanak-Kanak Ini

Kerana sayang, seorang kanak-kanak lelaki sanggup memanjat bangunan melalui jejantas dipercayai bagi menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di atas bumbung.

Malangnya, tindakan murni mangsa berusia 12 tahun itu membawa masalah apabila dia pula terperangkap dan gagal untuk turun semula dari atas bumbung bangunan Pasar Besar Kuantan tengah malam tadi.

Gambar : Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
Gambar : Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Menurut laporan, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 12.06 pagi.

Gambar : Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan yang bergegas bersama sebuah jentera ke lokasi berjaya menurunkan mangsa dengan selamat. Difahamkan, operasi menurunkan mangsa dijalankan dengan merapatkan jentera bomba ke bangunan tersebut.

Kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Sinar Harian, Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra