Siakap Keli

Berang Kucing Kesayangan Dibunuh Rakan Serumah, Gadis Didakwa Kerat Badan Lelaki Guna Gergaji

Seorang wanita berusia 41 tahun didakwa meletakkan bahagian tubuh mangsa dalam lima beg plastik hitam sebelum membawanya menaiki bas menuju ke kawasan terpencil.

Wanita terbabit dipercayai pergi ke kawasan tersebut untuk membakar mayat yang merupakan rakan serumahnya. Mangsa dikatakan dipukul dengan penukul sebelum tubuhnya dipotong dengan mengunakan gergaji.

Namun belum sempat untuk melaksanakan niatnya membakar tubuh tersebut, seorang lelaki yang ketika itu sedang membawa anjingnya untuk bersiar-siar terlihat situasi mencuriga itu dan melaporkannya kepada pihak polis.

Tulang kaki, rusuk, bahu, bahagian pelvis mangsa dan kulit manusia ditemui dalam beg plastik hitam tersebut (Gambar: REN TV)

Polis menemui beberapa bahagian tubuh mangsa seperti tulang kaki, rusuk, bahu dan kulit di dalam beg plastik itu. Wanita terbabit ditahan polis atas tuduhan membunuh.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia berkata,

“Suspek memukul mangsa dengan tukul di bahagian kepala.”

“Dia juga menendangnya beberapa kali sebelum memotong bahagian tubuh mangsa.”

Menurut kenyataan pihak polis, mangsa bertindak sedemikian kerana menyalahkan mangsa yang didakwa telah membunuh kucing kesayangannya.

Sumber: Mirror.co.uk & Daily Mail

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)