Siakap Keli

‘Selfie’ Ketika Mendaki Bukit, Lelaki Terkejut Dalam Gambar Ada Kelibat Seakan Perempuan Tua

Perkara mistik atau paranomal ini sering dikaitkan dengan kejadian-kejadian aneh yang berlaku disekeliling kita. Yang terbaru, kes kehilangan Mohamad Asyraf Hasan, peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang tanpa sebarang kesan terus menjadi bualan netizen di media sosial hingga keharini.

Perkongsian gambar dari seorang pemuda, dimana beliau telah pergi mendaki bersama isterinya di sebuah bukit telah tular, apabila didalam gambar yang diambil menampakkan kelibat seakan seorang nenek berbaju putih.

Gambar itu telah dimuat naik di akaun Facebooknya. Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian dari netizen.

Kami mendapatkan penjelasan beliau terhadap gambar ini. Tujuan Encik Faizal mengambil swafoto ini kerana disitu ada dua laluan dan bagi mengelakkan tersesat jadi gambar itu akan jadi panduan. Sampai di rumah barulah isteri kepada lelaki ini perasan kelibat tersebut.

Menurut Faizal, dia percaya bahawa kelibat itu adalah manusia dan bukannya makhluk halus kerana kawasan bukit itu ramai orang yang mendaki.

Komen-komen nitizen melalui perkongsian gambar tersebut,

Remang bulu tengkok oo

Macam ada dua benda. Satu lagi terapung

Nenek tu macam bawak burung gagak die jenjalan jee

Cuba zoom 100% & crop. tepek sini nk tgk

Penampakan dua makhluk misteri apabila gambar tersebut dizoom dari jarak yang dekat.

Sumber: Facebook

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)