Siakap Keli

(Video) Mudah & Cepat, Coach Ini Ajar Teknik Jadikan Seluar Sebagai Pelampung Untuk Elak Lemas Dalam Air

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kita pastinya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Namun langkah berjaga-jaga mestilah diambil supaya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan yang akan berlaku. Ketahui serba sedikit cara untuk menyelamatkan diri dengan menggunakan peralatan yang berada di sekeliling kita.

Menurut perkongsian dari Aqua Space Swimming & Diving Centre mengenai cara untuk menyelamatkan diri menggunakan barang yang berada di badan kita sahaja ketika berlaku sesuatu. Uniknya, ianya hanya menggunakan seluar yang dipakai ketika itu untuk dijadikan pelampung ketika berlaku sesuatu di dalam air.

  1. Pastikan anda boleh terapung didalam air.
  2. Tanggalkan seluar dan ikat di bahagian kaki antara kedua-dua belah seluar tersebut.
  3. Setelah ianya diikat, gantung kaki seluar yang telah diikat ke bahagian leher anda.
  4. Kemudian, masukkan udara kedalam seluar yang telah digantung tersebut.
  5. Seluar siap dijadikan pelampung.

Tip ini boleh digunakan sewaktu berlakunya kecemasan seperti bot karam sementara menunggu bantuan datang. Perkara ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang boleh terapung di dalam air. Hal ini akan berbahaya jika sekiranya anda tidak tahu cara untuk mengapungkan badan ketika berada di dalam air. Ianya sangat berguna kepada sesiapa sahaja jika berlaku perkara seperti ini.

Untuk keterangan lebih lanjut, tonton video di bawah:

Sumber: Aqua Space Swimming & Diving Centre

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.